• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Eropah Terima Honda Jazz Facelift (2018), Tempahan Dibuka November Ini

Eropah Terima Honda Jazz Facelift (2018), Tempahan Dibuka November Ini

August 14, 2017 By Han Othman Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Jazz versi dipertingkat (facelift) kini siap sedia ditempah warga Eropah bermula November ini. Lebih istimewa model subkompak hatchback itu bakal didatangkan dengan enjin petrol baharu, 1.5L i-VTEC berkuasa 128hp dengan tahap ekonomi bahan api 5.4l/100km (52.3 UK mpg) dan pelepasan emisi C02 124 g/km.

Bersama padanan sistem transmisi variabel berterusan (CVT) yang ditala semula, Jazz facelift Eropah ini menawarkan respon pecutan yang lebih linear dan halus. Bagaimanapun, enjin terdahulu, 1.3L i-VTEC (101hp) masih lagi ditawarkan untuk semua varian sebagai sebahagian daripada trim Dynamic baharu, kecuali Sport.

Tambahan enjin baharu itu turut disertakan bersama naik taraf rupa luaran seperti spliter depan merah dan difuser belakang, sil skirt tepi, spoiler, lampu utama LED dan lampu kabus, serta rim aloi 16-inci hitam berkilat dengan tayar 185/55.

LEBIH SEGAR, BAHARU

2018-honda-jazz-eropah-4
2018-honda-jazz-eropah-3

Honda turut menaik taraf rupa dalaman Jazz Dynamic (2018) dengan menampilkan paten jalur halus unik untuk kemasan upholsteri, sulaman kontras jingga dan balutan kulit pada roda stereng, termasuk tombol gear. Berbanding model terdahulu, Jazz facelift kali ini bakal mengetengahkan rekaan lampu utama dengan ciri signatur tersendiri, gril silang, bampar depan dan belakang berbeza, dan opsyen warna metalik baharu - Skyride Blue (biru).

Fitur standard dilengkapi Sistem Aktif Brek-Bandar (CTBA), lampu utama automatik dan kawalan jelajah, manakala varian premium menawarkan ciri Amaran Rempuhan Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Pengecaman Tanda Trafik (TSR) sebagai tambahan kepada entri tanpa kunci Entry & Go, sistem infotainment 7-inci, dan kamera undur.

Honda akan mendedahkan perincian lengkap Jazz facelift tersebut semasa Pameran Motor Frankfurt 2017, September ini, juga debut umum pertama. Proses penghantaran kepada pemilik-pemilik baharu kelas akan bermula awal tahun hadapan.

GALERI

2018-honda-jazz-eropah-1
2018-honda-jazz-eropah-2
2018-honda-jazz-eropah-3
2018-honda-jazz-eropah-4
2018-honda-jazz-eropah-5
2018-honda-jazz-eropah-6
2018-honda-jazz-eropah-7
2018-honda-jazz-eropah-8
2018-honda-jazz-eropah-9
2018-honda-jazz-eropah-10
2018-honda-jazz-eropah-11

SUMBER: Car Scoops

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Jazz, Honda Jazz facelift (2018), Honda Jazz facelift Eropah, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev