BAHANG acara Art of Speed 2015 kembali hangat dan bakal menggegarkan dunia klasik, OlSkool dan seni kustom permotoran Malaysia.
Bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2015 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, Art of Speed adalah acara tempatan yang memperkenalkan budaya OlSkool dan Kustom Kulture di Malaysia.
Pada tahun ini, Fast Bikes Sdn Bhd bersama Art of Speed buat julung-julung kalinya akan mengadakan Pertandingan “Triumph Invitational Bike Build-Off”.
Acara ini memperkenalkan Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS, yang pertama kali seumpamanya diadakan di Malaysia dan akan disiarkan di televisyen.
Antara hadiah yang bakal dimenangi untuk Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS adalah kontrak satu tahun sebagai pembina khas rasmi Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif motorsikal Triumph di Malaysia, trofi dan banyak lagi. Satu anugerah Pilihan Awam juga dipersembahkan dan orang ramai dapat mengundi melalui aplikasi Art of Speed yang boleh dimuat turun untuk peranti pintar android dan IOS.
Pengunjung bertuah di Art of Speed 2015 turut berpeluang membawa pulang sebuah motosikal binaan khas Triumph yang boleh dipilih dari empat buah motosikal dibina khas dalam pertandingan tersebut.
Art of Speed 2015 juga menjadi platform serantau bagi peminat seluruh rantau ini untuk mengumpul dan bertemu ikon-ikon dari luar Asia Tenggara. Ia juga bertujuan untuk memberi inspirasi dan memasarkan produk kreatif tempatan ke pasaran antarabangsa.
Antara ikon antarabangsa dalam industri ini yang hadir adalah Scott “T-Bone” Jones dari Noise Cycles USA, Andy Carter dari Pangea Speed USA, Shige Suganuma dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Kimura Kengo dari Heiwa Motorcycles Japan, Masa dari Luck MC Japan, The Nash dari Burnout Magazine Japan dan kumpulan artis pinstripe dari Jepun; Wildman, Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.
Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com
Leave a Reply