• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Art Of Speed Malaysia 2015 Kembali

BERITA AUTO: Art Of Speed Malaysia 2015 Kembali

March 26, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

HAZ_9380BAHANG acara Art of Speed 2015 kembali hangat dan bakal menggegarkan dunia klasik, OlSkool dan seni kustom permotoran Malaysia.

Bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2015 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, Art of Speed adalah acara tempatan yang memperkenalkan budaya OlSkool dan Kustom Kulture di Malaysia.

Pandulaju.comPada tahun ini, Fast Bikes Sdn Bhd bersama Art of Speed buat julung-julung kalinya akan mengadakan Pertandingan “Triumph Invitational Bike Build-Off”.

Acara ini memperkenalkan Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS, yang pertama kali seumpamanya diadakan di Malaysia dan akan disiarkan di televisyen.

Antara hadiah yang bakal dimenangi untuk Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS adalah kontrak satu tahun sebagai pembina khas rasmi Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif motorsikal Triumph di Malaysia, trofi dan banyak lagi. Satu anugerah Pilihan Awam juga dipersembahkan dan orang ramai dapat mengundi melalui aplikasi Art of Speed yang boleh dimuat turun untuk peranti pintar android dan IOS.

HAZ_9407Pengunjung bertuah di Art of Speed 2015 turut berpeluang membawa pulang sebuah motosikal binaan khas Triumph yang boleh dipilih dari empat buah motosikal dibina khas dalam pertandingan tersebut.

Art of Speed 2015 juga menjadi platform serantau bagi peminat seluruh rantau ini untuk mengumpul dan bertemu ikon-ikon dari luar Asia Tenggara. Ia juga bertujuan untuk memberi inspirasi dan memasarkan produk kreatif tempatan ke pasaran antarabangsa.

HAZ_9371Antara ikon antarabangsa dalam industri ini yang hadir adalah Scott “T-Bone” Jones dari Noise Cycles USA, Andy Carter dari Pangea Speed USA, Shige Suganuma dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Kimura Kengo dari Heiwa Motorcycles Japan, Masa dari Luck MC Japan, The Nash dari Burnout Magazine Japan dan kumpulan artis pinstripe dari Jepun; Wildman, Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Art of Speed 2015, Fast Bikes Sdn Bhd, MAEPS, Triumph Invitational Bike Build-Off, www.artofspeedmy.com

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my