• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Debut Mitsubishi Xpander di Indonesia, Tiba di Malaysia Tahun Depan?

Debut Mitsubishi Xpander di Indonesia, Tiba di Malaysia Tahun Depan?

August 12, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN debut hangat Honda Civic Type R, Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2017 juga menyaksikan satu lagi pelancaran model yang juga tidak kurang kecohnya di kalangan peminat automotif di negara jiran itu, iaitu Mitsubishi Xpander.

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) nyata menaruh harapan besar ke atas Xpander memandangkan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu merujuk kepada definisi berikut:

  • Perkembangan kehadiran pasaran.
  • Perkembangan reka bentuk.
  • Perkembangan keselesaan.
  • Perkembangan kemudahan elektronik.
  • Perkembangan prestasi.

Malah, model yang dipasang di kilang baharu MMC di Bekasi, Jawa Barat itu sudah dirancang awal untuk dieksport ke negara ASEAN dan beberapa pasaran lain bermula awal 2018.

Berikut Ciri Utama Mitsubishi Xpander

  • Gaya depan Dynamic Shield ialah kesinambungan ilham daripada model baharu Mitsubishi seperti Outlander PHEV, Pajero Sport dan Eclipse Cross.
  • Kerusi barisan kedua boleh dilipat 60:40, manakala kerusi barisan ketiga 50:50
  • Kerusi barisan kedua boleh dibaringkan untuk dijadikan perehat lengan atau mengisi muatan panjang seperti gulungan karpet atau tangga.
  • Ada 16 pemegang botol.
  • Dikuasakan enjin 1.5L MIVEC berkuasa 103hp.
  • Ditawarkan dalam transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.
  • Menggunakan struktur badan monokok RISE MMC (Reinforced Impact Safety Evolution).
  • 2 beg udara depan.
  • Dilengkapi ciri keselamatan seperti Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Ada 5 varian - GLX (MT), GLS (MT), Exceed (AT & MT), Sport, dan Ultimate.
  • Harga bermula Rp189,050,000 (RM60,827) hingga Rp245,350,000 (RM 78,941).
Mitsubishi Xpander.04
Mitsubishi Xpander.05
Mitsubishi Xpander.03
Mitsubishi Xpander.01
Mitsubishi Xpander.06
Mitsubishi Xpander.02

'REBADGE' KEPADA NISSAN?

Memandangkan MMC kini adalah sebahagian daripada perikatan Renault-Nissan, jadi ada kemungkinan Xpander akan dijenamakan semula sebagai model Nissan. Tambahan lagi, Nissan Grand Livina sudah begitu lama di pasaran, termasuk menampilkan dua model facelift dan beberapa model kit badan daripada Impul hingga Nismo!

Mitsubishi Xpander dijangka debut di Malaysia pada tahun depan dan SUV itu bakal bersaing dengan beberapa model MPV kompak sedia ada seperti Perodua Alza, Proton Ertiga, dan Honda BR-V, serta Toyota Avanza dan Sienta.

Related

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GIIAS 2017, Indonesia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Mitsubishi, Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Mitsubishi Xpander, MMC, MPV, Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2017, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev