• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah 'Superwoman' di Sebalik Rekaan Produk Givi yang Mengancam

Inilah 'Superwoman' di Sebalik Rekaan Produk Givi yang Mengancam

August 12, 2017 By Abang GYL 1 Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUT saja Givi, kami yakin ramai kalangan pembaca tahu tentang jenama aksesori motosikal terkenal dari Itali itu. Kotak simpanan barang dan baju hujan adalah antara dua produk utama yang sering dikaitkan dengan jenama Givi.

Namun siapa sangka baju hujan dan kotak simpanan barang Givi adalah hasil rekaan seorang pereka wanita. Ya, kotak simpanan barang, baju hujan dan produk Givi lain yang anda sedang gunakan sekarang direka anak tempatan, Rozaida Ahmad Zaki, 31, yang menyertai Givi Asia Sdn Bhd sebagai pereka grafik sejak 2009.

TIADA YANG MUSTAHIL

kotak simpan barang Monolock B32 Bold Givi
kotak simpan barang Monolock B32 Bold Givi
rozaida-pereka-givi-malaysia

Dengan memegang prinsip tiada apa yang mustahil, anak gadis asal Kuala Kangsar, Perak itu kini memegang jawatan sebagai Ketua Pereka Grafik Givi yang berlokasi di Bukit Beruntung, Rawang.

Memang agak mencabar apabila saya mula menyertai Givi. Saya perlu belajar semua perkara daripada A hingga Z. Alhamdulilah, pasukan sedia ada banyak mengajar dan membantu saya selama bersama di Givi.

"Dalam melakukan sesuatu perkara, jangan cepat mengalah. Jika jatuh, kita bangun semula dan paling penting jangan ulangi kesilapan sama. Itulah prinsip saya.

"Paling seronok dan rasa berbaloi, produk yang kami cipta diterima ramai. Itu sudah cukup membuatkan saya puas hati apabila pengguna hargai produk ciptaan kami."

Rozaida, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM), turut menjadikan kerjaya diri sebagai sebahagian keseronokkan. Tambahnya, seseorang itu perlu seronok ketika melakukan sesuatu kerja. Paling penting, seseorang itu mesti suka mencabar diri sendiri dan dengan cara begitulah dia mampu maju ke hadapan.

BACA >>> Kotak Simpan Barang Givi Monolock B32 Bold Lebih Menarik & Tahan Lasak - Harga RM222 Seunit

KERJA MESTI 'ENJOY'

givi-logo
Givi-Monolock-B32n-Bold

Produk Givi pertama yang saya reka ialah baju hujan RR02. Lebih seronok, baju hujan Givi rekaan saya dan pasukan turut digunakan Givi Itali. Produk paling susah pula ialah kotak simpanan barang kerana pembuatan atau penghasilan rekaan produk itu agak teknikal.

"Terkini, kami perkenal kotak simpanan barang Monolock B32N Bold dengan rekaan lebih sporty dan selamat. Produk ini sesuai digunakan semua motosikal berkapasiti bawah 250cc, terutama kapcai.

"Berbanding kotak simpanan barang Givi terdahulu, Monolock B32N Bold hadir dengan rekabentuk petak selain menampilkan sistem kunci baharu yang lebih selamat. Hanya sekali tekan, kotak simpanan barang Monolock B32N Bold boleh dikunci tanpa perlu guna kunci," kata Rozaida.

MESTI BERANI, JANGAN TAKUT

Buat kaum hawa di luar sana, Rozaida sempat berpesan supaya mereka lebih berani mencuba dan jangan takut untuk menceburi bidang automotif walaupun didominasi golongan lelaki.

BACA >>> #RetroAuto: Wanita Cetus Idea Radio Kereta, Kononnya 'Dating' Lebih Romantik

Cerita mengenai Rozaida memang cukup mengujakan kami di PanduLaju, apatah lagi sosok dirinya sebagai wanita Malaysia! Lagipun, pembabitan wanita dalam dunia automotif bukanlah perkara pelik jika anda pernah membaca banyak artikel yang kami pernah siarkan sebelum ini.

Tahniah dan syabas kepada Rozaida kerana menyediakan produk berkualiti dan menarik kepada rakyat Malaysia!

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Autotainment, Roda2 Tagged With: aksesori, autotainment, baju hujan givi, Gadis Givi, GIVI, ketua pereka Givi, kotak simpan barang Givi, Monolock B32 Bold, roda2, Rozaida Ahmad Zaki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev