• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR250RR Edisi Terhad, Harga RM23,000 - Bila Tiba Giliran Malaysia?

Honda CBR250RR Edisi Terhad, Harga RM23,000 - Bila Tiba Giliran Malaysia?

August 11, 2017 By Abang GYL 1 Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN dua roda di Indonesia terus meriah dan kali ini Honda CBR250RR Edisi Terhad hadir dengan penampilan khas menerusi tema 'The Art of Kabuki' pada seluruh badan jentera sportbike itu.

Tema 'The Art of Kabuki' berasal daripada budaya tradisional 'Kabukimono' yang wujud sejak era Sengoku sekitar abad ke-15 hingga 16 Masihi dan turut dikenali sebagai era Samurai, di mana seorang pahlawan sanggup berjuang mengorbankan diri demi mempertahankan rakyatnya. Rekaan ciptaan anak tempatan Indonesia itu turut menampilkan corak grafik berwarna peta republik berkenaan.

HARGA

  • Honda CBR250RR Edisi Terhad ABS - Rp70,825,000 (RM22,745)

BACA >>> Honda CBR250RR Repsol Edition 2017 Tampak Ranggi - Harga RM24k

APA YANG MENARIK?

Terhad kepada 100 unit, Honda CBR250RR Edisi Terhad ini masih lagi dipadankan enjin sama dengan penyejukan cecair 4-injap DOHC bersesaran 249.7cc. Dengan kelajuan maksimum 170kmj, motosikal itu mampu menghasilkan kuasa 36.3hp pada 12,500rpm dan tork 22.5Nm (10,500rpm).

Dari segi penampilan,CBR250RR Edisi Terhad hadir dengan beberapa ciri menarik, antaranya  absorber hitam, rim aloi depan hitam dan bahagian belakang warna putih.

BACA >>> Honda CBR250RR Masuk Malaysia Tahun Depan - Harga Dijangka Lebih RM30,000

Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad

BILA TIBA GILIRAN MALAYSIA?

Menurut 'orang kuat' Boon Siew Honda (BSH), kemasukan CBR250RR sedikit lewat memandangkan pihaknya perlu memastikan model berkenaan dibangunkan mengikut spesifikasi Euro. Ini kerana ada lebih 70 komponen perlu ditukar bagi melayakkan model berkenaan menerima piawaian itu.

Bagaimanapun pihak BSH sudahpun menghantar permohonan kepada Honda Jepun untuk membenarkan CBR250RR dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Jangkaannya adalah pada tahun depan!

Sebelum itu, kami juga pernah melaporkan kemungkinan besar harga CBR250RR akan lebih mahal berbanding pasaran Indonesia dan Jepun disebabkan kadar cukai tinggi. Tambah sumber itu lagi, CBR205RR kemungkinan besar berharga lebih RM30,000.

Sebagai perbandingan, Honda CBR250RR di Jepun dijual pada harga serendah RM29,000, manakala harga jualan Indonesia sekitar RM22,000.

BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Honda CBR250RR 170kmj?

GALERI

Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cbr250rr, Harga Honda CBR250RR Edisi Terhad, Honda CBR250RR Edisi Terhad, Honda CBR250RR Edisi Terhad Indonesia, roda2

Comments

  1. Ahmadnazly says

    September 6, 2017 at 2:56 PM

    Lambatnya nk masuk ke malaysia... dh lama tunggu... duut pun dah cukup

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev