• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda SkyActiv-X, Enjin Petrol Supercaj Baharu Ini Lebih Bersih daripada EV?

Mazda SkyActiv-X, Enjin Petrol Supercaj Baharu Ini Lebih Bersih daripada EV?

August 9, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


MAZDA merancang memperkenalkan enjin petrol generasi baharu yang dikatakan lebih bersih berbanding kereta elektrik dari sudut pandang impak terhadap alam sekitar atau well-to-wheel, iaitu unjuran emisi berasaskan seluruh kitaran hayat, termasuk bahan api digunakan.

Famili baharu enjin petrol super bersih itu dipanggil Skyactiv-X dan bakal dilancarkan di pasaran menjelang 2019. Menurut Mazda, enjin baharu tersebut akan menggunakan teknologi pencucuhan mampatan yang mana campuran bahan api-udara dinyalakan (ignited) serentak menerusi mampatan piston, sama seperti enjin diesel. Bagaimanapun, fungsi palam pencucuh masih digunakan.

BACA >>> Mazda SkyActiv Generasi ke-2 - Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

LEBIH JIMAT DAN BERKUASA

Mazda menamakan teknologi berkenaan sebagai Pencucuhan Mampatan Cetusan Terkawal (Spark Controlled Compression Ignition). Petrol dan udara akan bercampur dalam silinder sebelum dinyalakan sama ada secara mampatan pada beban rendah atau menerusi cetusan (spark) pada beban tinggi.

Hasilnya, enjin petrol Skyactiv-X mampu memberikan penjimatan 20-30 peratus berbanding enjin Skyactiv-G sedia ada pada sesaran sama. Malah, menurut Mazda lagi, enjin petrol generasi baharu itu turut mampu menyamai atau menandingi enjin diesel Skyactiv-D.

Enjin Skyactiv-X juga akan dimuatkan dengan supercaj untuk meningkatkan tork sebanyak 10 hingga 30 peratus berbanding enjin Skyactiv-G.

BACA >>> Mazda Bakal Kembalikan Enjin Rotari Menjelang 2019

Selain itu, Mazda juga merancang memperkenalkan kereta elektrik bermula 2019 di negara-negara yang menetapkan syarat tinggi untuk penggunaan kenderaan bahan api fosil dalam usaha mengurangkan pencemaran udara. Ini termasuk melancarkan fungsi pemanduan automatik sebagai ciri standard kepada semua model menjelang 2025.

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin petrol baharu Mazda, mazda, Roda4, Skyactiv-X, well-to-wheel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
    JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev