• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB150R Street Fire Kini Lebih Sporty di Indonesia

Honda CB150R Street Fire Kini Lebih Sporty di Indonesia

August 8, 2017 By Han Othman Leave a Comment

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT ASTRA Honda Motor (AHM) baru saja melancaran Honda CB150R Street Fire baharu dengan menampilkan beberapa perubahan minor dari segi rekabentuk luaran supaya tampak lebih menarik. AHM turut memperkenalkan warna hitam baharu, Stallion Black dengan strip emas pada tangki minyak, termasuk rim dan frem yang juga dihitamkan untuk varian CB150R Edisi Khas atau Special Edition (SE).

Sementara itu, varian CB150R STD (Standard) turut diberikan suntikan segar menerusi warna hitam Macho Black berserta tambahan strip merah pada tangki minyak, termasuk rim yang juga dihitamkan. Grafik baharu itu turut menguatkan lagi karakter sporty dalam opsyen warna Wild Black (STD) dan Raptor Black (SE)  menerusi strip dengan grafik CB150R yang lebih menonjol.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan

MAHU HARGAI PEMBELI

Pengarah Pemasaran AHM, Thomas Wijaya berkata, model sportbike Honda itu akan menjadi pilihan pembeli yang menghargai rekabentuk, ciri dan prestasi terbaik dalam kelasnya.

"Model ini mampu memberikan keselesaan dan ketangkasan optimum ketika menunggang, serta sentiasa menemani penunggang untuk menikmati setiap pengendalian atas jalan.

“Kami mahu menghargai keyakinan tinggi pembeli dengan menawarkan pilihan terbaru Honda CB150R Street Fire baharu sebagai rakan menunggang untuk pencinta naked sportbike,” katanya.

Bersama warna baharu itu, AHM secara eksklusif memperkenalkan dua aksesori baharu dalam pakej Honda Genuine Accesories (HGA), iaitu pelekat fender depan dan lampu belakang, dalam pilihan warna emas dan merah pada harga Rp80,000 (RM26). Dua item tambahan itu bakal melengkapkan lagi tujuh aksesori HGA sedia ada, seperti kowl kerusi, pad tangki, penutup radiator, pad lid bahan api, penutup enjin, penyisih fender atau madgad dan pelekat rim.

BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Atas Jalan Paling Mahal di Dunia


HONDA CB150R STREE FIRE SE

Honda CB150R Street Fire SE hadir dengan 3 warna pilihan, iaitu Raptor Black, Honda Racing Red dan Stallion Black (warna baharu). Harga atas jalan di Indonesia ialah Rp27,075,000 (RM8,698).


HONDA CB150R STREET FIRE STD

Sementara itu, Honda CB150R StreetFire STD didatangkan dalam 2 warna hitam pilihan, iaitu Wild Black dan Macho Black, pada harga Rp25,975,000 (RM8,344).

SUMBER: Dapur Pacu | Astra-Honda.com

Related

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB150R Street Fire, Honda CB150R Street Fire (2017), Honda Indonesia, motosikal, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my