ISUZU Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model MU-X (2017) versi dipertingkat (facelift) ke pasaran tempatan dengan menampilkan pengemaskinian aspek dalaman, luaran dan ciri keselamatan. Berikut senarai pembaharuan dilakukan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu:
LUARAN
- Lampu depan dengan lampu projektor Bi-LED berserta cahaya spektrum biru.
- Lampu depan disepadukan ciri pelarasan cahaya.
- Lampu kabus belakang baharu.
- Bampar belakang baharu.
- Lampu belakang berserta grafik dalaman baharu.
BACA >>> Isuzu MU-X Dinobat ‘Vehicle Of The Year' Borneo Safari 2016
DALAMAN
Ruang kabin menampilkan rekaan elegan dengan menaiktaraf permukaan lembut bersama padanan panel corak kayu pada pintu dan papan pemuka. Isuzu MU-X facelift turut menawarkan panel meter rekaan baharu e-LUMAX (electroluminescent) dengan paparan multi info (MID).
Bahagian tempat duduk menerima kemasan kulit corak baharu, manakala sistem hiburan dilengkapi cakera video digital (DVD) skrin sentuh 8-inci dan monitor boleh lipat buat penumpang belakang bagi varian 4x4, dan varian 4x2 diberikan DVD skrin sentuh 7-inci. SUV ini turut didatangkan dengan 8-pembesar suara bagi mendapatkan kualiti audio lebih jelas.
BACA >>> #PanduUji: Isuzu MU-X (2015)
CIRI KESELAMATAN
ISUZU MU-X facelift menawarkan ciri keselamatan seperti berikut:
- 6-beg udara
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek (BA)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
BACA >>> MU-X Taruhan Baharu Isuzu Malaysia
HARGA
- MU-X 2.5L 4x2 - RM176,640.40
- MU-X 2.5L 4x4 - RM184.978
* Harga atas jalan, termasuk insurans dan GST.
WARNA BAHARU
- Cokelat
- Putih
- Hitam
Leave a Reply