• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MU-X Taruhan Baharu Isuzu Malaysia

MU-X Taruhan Baharu Isuzu Malaysia

May 11, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

IMG_0991INI adalah berita yang kami terima! Isuzu Malaysia bakal melancarkan Isuzu MU-X pada 4 Jun 2015, serentak meraikan ulang tahun ke-10 Isuzu D-Max.

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, sekumpulan media termasuk tim Pandulaju.com diberi peluang memandu uji model ini ke Cameron Highland. Laporan penuh pandu uji Isuzu MU-X akan menyusul nanti. Walau bagaimana, tempahan sudah dibuka dan orang ramai boleh pandu uji model ini di pusat pameran Isuzu berdekatan.

IMG_1008Secara ringkasnya, Isuzu MU-X adalah model SUV dengan kapasiti 7-tempat duduk. Dari luaran, rekabentuk tampak sama seperti 'abangnya', Isuzu D-Max.

Ya, MU-X menggunakan platform yang sama seperti D-MAX. Cuma ada beberapa kelainan yang boleh dilihat. Sudah pasti pelancaran model serba sedikit memberi kesan buat pesaingnya.

HARGA: (termasuk insurans dan GST) - Diimport sepenuhnya (CBU) Thailand

  • Isuzu MU-X 2.5L 4x2 (AT) - RM151.944.56
  • Isuzu MU-X 2.5L 4x4 (AT) - RM164.969.84

ENJIN:

Isuzu MU-X dipacu unit enjin diesel commonrail 2.5L 4JK1-TCX 4-silinder dengan sistem turbo geometri boleh ubah (VGS). Hadir bersama kotak gear automatik 5-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 134hp pada 3,400rpm dan tork 320Nm (1,800-2,800rpm).P1290526

LUARAN:

Melihat keseluruhan rekabentuk MU-X, ia tampil dengan wajah yang hampir sama seperti model D-Max. Antara kelainannya adalah;

  • Lampu utama projektor dengan nyalaan siang LED
  • Lampu kabus dengan luas (4x4 saja)
  • Cermin depan lebih luas
  • Garisan rekaan badan berbentuk baji
  • Penggunaan fender maskular
  • Gril baharuP1290507

DALAMAN

Sebaik memasuk ruang kabin MU-X, anda akan 'dihidangkan' dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang tampak premium. Antaranya;

  • Tempat duduk dibaluti kulit berwarna Anthracite
  • Kerusi hadapan dengan kuasa elektrik
  • Panel instrumen baharu
  • Sistem audio Blaupunkt dengan sambungan Bluetooth dan nagivasi GPS
  • Skrin monitor DVD pada kerusi baris kedua
  • Kehadiran corong penghawa dingin di baris kedua dan ketiga
  • 12 ruangan tempat letak minumanP1290549

    KESELAMATAN

  • 2 beg udara SRS
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)

P1290560RINGKASAN PEMANDUAN:

Sepanjang pemanduan model ini ke Cameron Highland, saya dapat merasakan ia cukup mudah dikendalikan dan seronok dipandu dalam keadaan santai.

Tindak balas enjin juga tidak mengecewakan walaupun penghantaran tork tidak begitu memberangsangkan. Apa-apapun, Isuzu mempunyai alasannya tersendiri dan saya akan ulaskan dalam laporan pandu uji nanti.

Sama seperti model lain, Isuzu MU-X hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu).

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CBU, Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Isuzu MU-X, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my