
PEMBANGUNAN sesebuah motosikal moden bukan sekadar soal reka bentuk luaran, sebaliknya melibatkan proses kejuruteraan menyeluruh yang panjang dan teliti.
Bagi Modenas, pembangunan model ZIS GTdilaksanakan menerusi aliran kerja sistematik yang merangkumi pembangunan casis, komponen badan dan enjin sebelum disatukan sebagai motosikal lengkap.
Proses ini turut melibatkan kerjasama strategik dengan rakan teknologi antarabangsa bagi memastikan tahap kualiti, prestasi dan kebolehpercayaan berada pada piawaian global.
Berikut adalah kesemua rakan strategik Modenas yang terlibat dalam penghasilan model Z15Gt ini:
- Kawasaki Motors Corporation (KMC) - Japan
- Zonshen - China
- Forschungsgesellschaft für Verbrennungskraftmaschinen und Thermodynamik (FVT) - Austria
Pembangunan Casis: Fokus Kestabilan dan Ketahanan
Bagi bahagian casis, pembangunan bermula dengan:
- Reka bentuk 3D (Modenas)
- Simulasi dan pengesahan reka bentuk (Modenas)
- Pengesahan prototaip (Modenas)
- Pembuatan acuan dan peralatan (Zonshen)
- Ujian komponen (Modenas dan Kawasaki)
Keseluruhan proses ini memberi penekanan terhadap kekuatan struktur, kestabilan tunggangan serta kesesuaian untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh, selari dengan konsep Grand Touring yang diterapkan pada ZIS GT.
Komponen Badan: Dari Lakaran ke Produksi
Untuk komponen badan, pembangunan dimulakan dengan:
- Lakaran produk (Modenas dan Kawasaki)
- Pembangunan model tanah liat (Modenas)
- Kejuruteraan 3D dan kemasan permukaan (Modenas)
- Pengesahan prototaip (Modenas dan Kawasaki)
- Pembuatan acuan dan peralatan (Zonshen)
Pendekatan ini memastikan reka bentuk akhir bukan sahaja menarik secara visual, malah ergonomik dan praktikal untuk penunggang. Setiap panel diuji dan ditambah baik sebelum memasuki fasa penilaian prestasi sebenar di jalan raya.
Pembangunan Enjin: Ujian Prestasi Menyeluruh
Bagi unit enjin, proses pembangunan melibatkan:
- Reka bentuk 3D (Modenas dan FVT)
- Pengesahan simulasi (Modenas dan FVT)
- Pengesahan prototaip (Modenas dan FVT)
- Pembuatan acuan dan peralatan (Zonshen)
- Ujian enjin dan komponen (Modenas dan Kawasaki)
- Pengesahan prestasi enjin (Modenas dan Kawasaki)
Proses ini dilaksanakan menerusi kolaborasi antara Modenas dengan rakan teknikal seperti Zonsen serta FVT, bagi memastikan enjin memenuhi standard kecekapan, ketahanan dan prestasi yang ditetapkan.
Kerjasama Strategik dan Penilaian Prestasi
Selepas semua komponen utama disiapkan, motosikal akan melalui fasa:
- Penilaian prestasi (Modenas dan Kawasaki)
- Ujian tunggangan dan pengendalian (Modenas dan Kawasaki)
- Penambahbaikan serta pengesahan produk (Modenas dan Kawasaki)
Pada peringkat ini, kerjasama rapat antara Modenas dan Kawasaki Motors Corporation memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti keseluruhan motosikal berada pada tahap yang diluluskan oleh Kawasaki.
Dari Prototaip ke Motosikal Lengkap
Hasil daripada proses pembangunan berperingkat ini, setiap aspek ZIS GT diuji, disahkan dan diperhalusi sebelum diluluskan sebagai motosikal lengkap.
Pendekatan menyeluruh ini memastikan model tersebut bukan sekadar memenuhi keperluan pasaran tempatan, malah mampu bersaing dari segi kualiti, kejuruteraan dan pengalaman tunggangan.
Leave a Reply