• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Edisi Terhad Casa Lambretta X300 Gegar Sepang

Edisi Terhad Casa Lambretta X300 Gegar Sepang

January 14, 2026 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MOTOSIKAL segmen skuter, Casa Lambretta X300 Limited Edition rasmi dilancarkan di Malaysia dalam satu acara bersejarah di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Paddock Utara), sekali gus mencatat pencapaian rekod ASEAN dan Asia menerusi perhimpunan komuniti skuter terbesar pernah dianjurkan di litar bertaraf dunia ini.

Model edisi khas ini bukan sekadar pengenalan kepada produk baharu, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan semangat perlumbaan dan warisan Itali Lambretta yang diraikan bersama ratusan pemilik serta peminat jenama itu dari seluruh rantau.

X300 Edisi Terhad, hanya 999 unit seluruh dunia

Casa Lambretta X300 Limited Edition dibangunkan dengan kerjasama Casa Lambretta Racing Team dan dihadkan kepada hanya 999 unit di peringkat global, menjadikannya antara model Lambretta paling eksklusif pernah dihasilkan.

Ia menampilkan plat nombor khas ‘47’ sebagai penghormatan kepada tahun kelahiran Lambretta pada 1947, digabungkan dengan elemen gentian karbon prestasi CASA, kemasan dua tona premium serta enjin 275cc Lambretta Super Performance (LSP) yang mengekalkan karakter klasik dengan sentuhan kuasa moden.

Pelancaran Malaysia dipacu Bike Continent

Pelancaran di Malaysia diterajui oleh Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Lambretta, dengan urusan import dikendalikan oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd. Jenama global Lambretta pula berada di bawah pemilikan Innocenti SA, dipimpin oleh Walter Scheffrahn.

Sebagai simbolik pelancaran, sebanyak 68 unit Casa Lambretta X300 Limited Edition diserahkan kepada pemilik tempatan dalam satu acara penyerahan berinspirasikan perlumbaan, menandakan permulaan rasmi kehadiran model koleksi ini di Malaysia.

Rekod ASEAN & Asia tercipta di Sepang

Dalam kerjasama rasmi bersama Petronas Sepang International Circuit, Lambretta Malaysia berjaya mencatat rekod baharu ASEAN dan Asia menerusi penyertaan 818 penunggang berdaftar dalam acara fun ride jenama skuter terbesar pernah dianjurkan di litar F1.

Acara bersejarah ini menghimpunkan ratusan Lambrettista di atas litar ikonik dunia, sekali gus membuktikan kekuatan komuniti Lambretta serta daya tarikan berterusan jenama itu merentas generasi.

Gabungan klasik dan moden dalam komuniti

Perhimpunan mega ini menyaksikan kehadiran pelbagai model Lambretta, daripada unit klasik yang dipulihara rapi sehinggalah barisan model moden terkini. Kehadiran penunggang lama dan baharu menyerlahkan warisan Lambretta yang terus hidup dan relevan.

Pencapaian ini turut mengukuhkan reputasi Bike Continent Sdn Bhd sebagai antara pengedar Lambretta paling aktif dan berprestasi tinggi di rantau ini, khususnya sepanjang tahun 2025.

Spesifikasi utama Casa Lambretta X300 Limited Edition

Antara ciri istimewa yang menjadikan Casa Lambretta X300 Limited Edition sebagai model koleksi:

  • Pengeluaran terhad dengan plat bernombor 001–999
  • Komponen gentian karbon prestasi CASA (cermin angin, spoiler belakang, pelindung suspensi hadapan)
  • Paparan instrumen TFT berwarna penuh
  • Tayar Pirelli Angel Scooter buatan Itali
  • Grafik perlumbaan diinspirasikan DNA Casa Lambretta Racing Team
  • Logo khas Lambretta / Innocenti S.A.
  • Kemasan Gold Matte Chrome pada komponen terpilih
  • Set koleksi eksklusif CASA (terhad 999 set seluruh dunia)

Casa Lambretta X300 Limited Edition bukan sekadar sebuah skuter, tetapi manifestasi gaya hidup, sejarah dan semangat perlumbaan yang terus hidup dalam komuniti Lambrettista. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi lambrettascooters.com/my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Komuniti Lambretta, Lambretta, Lambretta Malaysia, Lambretta X300 Casa Limited Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my