• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Jangka TIV 2025 Cecah 820,000 Unit!

Perodua Jangka TIV 2025 Cecah 820,000 Unit!

January 14, 2026 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangkakan jumlah keseluruhan industri automotif negara atau Total Industry Volume (TIV) bagi tahun 2025 akan mencecah 820,000 unit, sekali gus mengatasi pencapaian 816,747 unit yang direkodkan pada tahun 2024.

Unjuran positif itu mencerminkan permintaan pasaran yang terus kukuh, didorong oleh keyakinan pengguna terhadap nilai produk serta kestabilan industri automotif tempatan.

Bagi prestasi syarikat, Perodua menyasarkan pengeluaran sebanyak 370,370 unit kenderaan pada 2025, meningkat 0.6 peratus berbanding 368,100 unit yang direkodkan pada tahun 2024.

Dalam tempoh sama, jumlah jualan juga dijangka meningkat 0.5 peratus kepada 359,904 unit, berbanding 358,102 unit yang didaftarkan tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pegangan pasaran syarikat ketika ini dianggarkan sekitar 43.9 peratus, sekali gus mengukuhkan kedudukan Perodua sebagai peneraju pasaran automotif Malaysia.

Berdasarkan jangkaan dalaman kami, jumlah pengeluaran sebanyak 370,370 unit dan pendaftaran 359,904 unit yang direkodkan menunjukkan Perodua berjaya mengatasi rekod pencapaian tahun 2024,” katanya.

Bezza Kekal Model Terlaris

Mengikut prestasi jualan mengikut model, Perodua Bezza terus mengekalkan kedudukan sebagai model terlaris dengan 100,488 unit terjual pada tahun 2025, sekali gus mencatatkan tahun kedua berturut-turut jualan melebihi 100,000 unit.

Ia diikuti Perodua Axia dengan 84,291 unit, manakala Perodua Myvi pula mencatatkan 72,724 unit jualan.

Ketiga-tiga model ini - Bezza, Axia dan Myvi - kekal sebagai tiga model terlaris di pasaran domestik. Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap produk Perodua,” kata Dato’ Sri Zainal.

Impak Model Baharu Dinilai Tahun Ini

Perodua turut memaklumkan bahawa impak terhadap jualan bagi model baharu QV-E dan Traz yang baru dilancarkan hanya dapat dinilai sepanjang tahun ini, selari dengan penerimaan pasaran dan kadar permintaan pengguna.

Dalam masa sama, sokongan berterusan rakyat Malaysia dijangka memberi manfaat besar kepada keseluruhan ekosistem automotif tempatan, termasuk pembelian komponen bernilai RM11 bilion daripada vendor tempatan, sekali gus memperkasakan pengedar bertauliah dan stokis Perodua di seluruh negara.

Kami akan terus memainkan peranan sebagai pembina negara dengan mengembangkan perniagaan di Malaysia, khususnya dalam industri kenderaan elektrik serta penawaran digital,” tambahnya.

Vendor dan Pengedar Tempatan Terus Peroleh Manfaat

Presiden Persatuan Pembekal Perodua, Tuan Haji Musa Zahidin Ahmad Zaidi berkata, peningkatan pengeluaran dan pembelian komponen memberi impak besar kepada ahli persatuan.

Komitmen berterusan Perodua membolehkan kami terus melabur, menambah tenaga kerja, memperluas perniagaan dan sebahagian ahli kami berjaya menembusi pasaran luar negara,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Perodua, Cik Rabitah Shamsudin, menegaskan peranan penting Perodua dalam membina rangkaian pengedaran yang kukuh.

Dengan peningkatan jualan berterusan, kami dapat terus mengembangkan perniagaan walaupun berdepan persaingan daripada jenama-jenama baharu,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa Perodua kekal sebagai jenama yang berjaya menyokong pembangunan perniagaan tempatan serta berkongsi kejayaan industri bersama rakyat Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jumlah Industri Keseluruhan (TIV), Perodua, PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my