
HONG Leong Yamaha Malaysia (HLYM) mengukuhkan tawaran segmen skuter automatik menerusi pengenalan pilihan warna baharu untuk Yamaha Ego Avantiz model tahun 2026.
Kemas kini itu memberi sentuhan lebih segar kepada model popular berkenaan dengan tawaran warna hitam, hijau dan biru, tetapi harga masih kekal sama.
Harga, Ketersediaan di Malaysia
Yamaha Ego Avantiz 2026 dengan pilihan warna baharuitu akan mula berada di semua pengedar sah HLYM seluruh negara bermula 12 Januari ini.
Harga jualan disyorkan pada RM5,998, tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans, menjadikan skuter itu kekal kompetitif dalam segmen skuter automatik 125cc pasaran tempatan.
Spesifikasi Enjin Kekal Mantap
Dari segi prestasi, Yamaha Ego Avantiz 2026 masih mengekalkan enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan udara. Enjin itu direka untuk menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahan api dan prestasi harian.
Output kuasa menghasilkan 7.0kW (9.38hp) @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm yang sesuai untuk tunggangan ulang-alik harian dan jarak dekat di bandar.
Pilihan Praktikal Tunggangan Harian
Dengan harga mampu milik, kos penyelenggaraan rendah dan kemas kini warna lebih segar, Yamaha Ego Avantiz 2026 kekal relevan sebagai skuter automatik praktikal buat pengguna Malaysia.
Pengenalan warna baharu tersebut membuktikan komitmen Yamaha untuk terus menyegarkan barisan produk motosikal tanpa mengorbankan formula asas yang sudah diterima baik pasaran.









Leave a Reply