• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

January 15, 2026 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

SEMPENA sambutan Tahun Baharu Cina 2026, OMODA & JAECOO Malaysia tampil dengan kempen jualan istimewa yang bukan sekadar membawa tuah, tetapi menawarkan nilai pemilikan kenderaan yang sukar ditandingi dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) premium dan elektrifikasi.

Menerusi Kempen Jualan Tahun Baharu Cina 2026, pelanggan yang membeli mana-mana model OMODA atau JAECOO akan menikmati rebat Ang Pow antara RM2,888 dan RM18,888*, lengkap dengan servis percuma selama lima tahun atau hingga 100,000km, mana satu tiba dulu.

Menariknya, promosi ini terbuka untuk semua model dan berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Januari 2026, tertakluk terma dan syarat.

Mekanisme Jualan Mudah, Nilai Maksimum

OMODA & JAECOO Fortune 5 2026

Berbeza promosi bermusim yang lazimnya terhad kepada model tertentu, kempen ini menonjol kerana mekanisme jualan menyeluruh. Ini kerana semua model layak, dan semua pembeli menikmati manfaat yang jelas dan praktikal.

Pendekatan itu menjadikan OMODA & JAECOO antara jenama agresif dalam menawarkan kos pemilikan jangka panjang lebih rendah, sesuatu yang semakin menjadi pertimbangan utama pembeli SUV moden masa kini, terutama golongan profesional muda dan keluarga urban.

Senarai Tawaran Ang Pow, Servis Percuma

Antara tawaran utama sepanjang kempen Tahun Baharu Cina ini adalah:

  • JAECOO J7 2WD:
Ang Pow RM2,888 + 5 tahun servis percuma (bernilai RM8,400)*
  • JAECOO J7 AWD:
Ang Pow RM5,888 + 5 tahun servis percuma (bernilai RM11,800)*
  • OMODA C9 2WD:
Ang Pow RM2,888 + 5 tahun servis percuma (bernilai RM8,600)*
  • OMODA C9 AWD:
Ang Pow RM3,888 + 5 tahun servis percuma (bernilai RM10,000)*
  • JAECOO J8 2WD:
Ang Pow RM2,888 + 5 tahun servis percuma (bernilai RM8,800)*
  • JAECOO J8 AWD:
Ang Pow RM2,888 + 5 tahun servis percuma (bernilai RM9,100)*
  • JAECOO J7 PHEV:
Ang Pow RM18,888 + 5 tahun servis percuma + 2 tahun waranti lanjutan untuk bateri 
(jumlah bernilai RM24,800)*

* Semua model mendapat serbis penyelenggaraan percuma 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba duluu),  kecuali JAECOO J7 PHEV

* Servis penyelenggaraan percuma untuk JAECOO J7 PHEV ialah 5 tahun atau 50,000km, mana satu tiba dulu.

Lebih Jimat, Lebih Tenang

Tawaran lima tahun servis percuma ini merangkumi kos penyelenggaraan berkala yang biasanya menjadi beban kepada pemilik dalam tempoh awal pemilikan.

Bagi model JAECOO J7 PHEV, nilai tambah kini lebih signifikan dengan waranti bateri lanjutan, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap teknologi elektrifikasi.

Aura Tahun Baharu Cina, Pendekatan Moden

Selari semangat Tahun Baharu Cina yang sinonim dengan permulaan baharu dan kemakmuran, kempen ini menampilkan pendekatan energetik, moden dan praktikal, sesuai dengan gaya hidup pengguna Malaysia berusia antara 25 dan 45 tahun yang mementingkan teknologi, nilai dan pengalaman pemilikan tanpa kompromi.

Jangan Lepaskan Peluang

Kempen OMODA & JAECOO Malaysia Chinese New Year Sales 2026 ini akan berakhir 31 Januari 2026. Kepada mereka yang sedang mempertimbang SUV baharu, sama ada petrol, AWD atau PHEV, inilah masa terbaik memanfaatkan Ang Pow besar, servis percuma jangka panjang dan kos pemilikan lebih rendah.

Maklumat lanjut dan senarai model boleh layari laman rasmi OMODA & JAECOO Malaysia atau kunjungi bilik pameran terdekat.

* Tertakluk terma dan syarat

#OMODAJAECOOMY #ForgedByPurpose

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kempen Tahun Baru Cina 2026, Omoda | Jaecoo, Omoda | Jaecoo Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my