Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia mula membuka tempahan bagi model Veloster Turbo 2016.
Diimport sepenuhnya (CBU) dari korea, model coupe pintu 2+1 itu dijangka tiba di pasaran Malaysia pada pertengahan April hadapan.
HARGA:
- Hyundai Veloster Turbo 2016 - RM150,000 (Anggaran harga termasuk GST tetapi tidak bagi insurans)
WARANTI:
- HSDM menawarkan jaminan selama lima tahun atau 300,000km (mana tiba dahulu) serta bantuan servis 24-jam.
ENJIN:
Sudah pasti, perubahan ketara pada model terbaharu ini adalah penggunaan unit enjin Gamma 1.6L T-GDI dengan twin-scroll turbocharger. Hasil bantuan kotak gear automatik (DCT) 7-kelajuan, ia mampu meledakkan kuasa sehingga 184hp dan tork puncak 265Nm.
Selain perubahan dari aspek mekanikal, Hyundai Veloster Turbo 2016 turut menerima beberapa penambahbaikan sama ada dari segi kosmetik luaran mahupun dalaman. Antaranya;
- Rekabentuk luaran lebih sporty
- Enjin talaan sport
- Ekzos dan imej hadapan baharu
- Rim aloi 18 inci
- Lampu utama projektor dengan LED
- Lampu belakang LED
- Tempat duduk sport dengan dua tona warna
- Gabungan dua tona warna pada kerusi termasuk edisi terhad berwarna Matta Grey
Maklumat lanjut mengenai Hyundai Velestor Turbo 2016 dan mahu membuat tempahan, kunjungi pusat pameran Hyundai terdekat atau hubungi talian bebas tol di 1-300-13-2000. Sama-sama kita nantikan kemunculannya pada bulan April 2015.
Leave a Reply