• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Red Bull Honda WorldSBK Tukar Lagi Pelumba Baharu Menjelang Kejohanan Minggu Ini di Jerman

Red Bull Honda WorldSBK Tukar Lagi Pelumba Baharu Menjelang Kejohanan Minggu Ini di Jerman

August 3, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN Red Bull Honda WorldSBK masih lagi menggunakan khidmat penunggang sementara apabila posisi ditinggalkan mendiang Nicky Hayden bakal digantikan Davide Giugliano pada perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Lausiztring, Jerman, hujung minggu ini.

Pada pusingan bulan lalu di Amerika Syarikat (AS), posisi kosong itu digalas oleh Jake Gagne yang pertama kali tampil dalam perlumbaan World SBK.

BACA >>> Inilah Jake Gagne, Pengganti Mendiang Nicky Hayden dalam WorldSBK, Juga Dari Amerika!

JUGA PELUMBA SUPERBIKE

Giugliano dipilih menunggang jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 selepas khidmat beliau digunakan dalam sesi ujian persendirian Red Bull Honda minggu lalu di litar sama di Jerman.

Pelumba dari Itali berusia 27 tahun itu akan menyertai Stefan Bradl yang mana pusingan kali ini ialah perlumbaan laman sendiri buat penunggang tetap Red Bull Honda itu.

Peluang diberikan kepada Giugliano itu adalah reaksi positif daripada ujian dilakukannya yang banyak memberikan input berguna mengenai jentera lumba tersebut.

Giugliano juga bukan calang-calang pelumba. Rekod pelumba itu dalam saingan superbike dunia ialah lima tahun penyertaan, 112 perlumbaan, 14 kali menjejak podium dan lima kali berkedudukan barisan depan (pole position).

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Davide Giugliano, Honda CBR1000RR Fireblade SP2, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), Red Bull Honda World Superbike Team, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my