• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rapid KL Kemas Kini Produk Tambang Pengangkutan Awam Bermula 1 Januari 2026

Rapid KL Kemas Kini Produk Tambang Pengangkutan Awam Bermula 1 Januari 2026

January 2, 2026 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Rapid KL kemas kini produk baharu 2026

RAPID KL mengumumkan senarai penuh produk perjalanan dan pas tambang pengangkutan awam yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026, terdiri pelbagai pilihan pas tanpa had, diskaun khas dan kemudahan perjalanan untuk semua lapisan pengguna.

Inisiatif itu dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL, selari usaha meningkatkan keterangkuman, kemampuan tambang dan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

Antara produk utama ditawarkan ialah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari:

  • My50: Pas tanpa had 30 hari untuk warga Malaysia sahaja - RM50
  • Rapid Bulanan: Pas tanpa had 30 hari terbuka kepada semua pengguna - RM50

Pas Jangka Pendek Satu, Tiga Hari

Rapid KL turut menawarkan pas perjalanan jangka pendek bagi memudahkan pergerakan harian dan percutian singkat:

  • Rapid Kota - Pas tanpa had 1 hari (RM10) dan 3 hari (RM25) untuk warga Malaysia
  • Rapid Kembara - Pas tanpa had 1 hari (RM25) dan 3 hari (RM55), terbuka kepada semua pengguna dengan tawaran eksklusif rakan strategik

Pas Berkumpulan Hujung Minggu

Bagi perjalanan berkumpulan, Rapid Keluarga diperkenalkan khas untuk warga Malaysia:

  • Pas perjalanan tanpa had 1 hari untuk hingga empat orang
  • Sah digunakan pada hujung minggu dan cuti umum
  • Ditawarkan pada harga RM30

Kemudahan Percuma, Diskaun Khas

Rapid KL turut mengekalkan inisiatif kebajikan dan subsidi bersasar:

  • Rapid Mesra: Perjalanan percuma tanpa had untuk Orang Kurang Upaya (OKU) warga Malaysia berdaftar
  • Rapid Pelajar: Diskaun 50 peratus tambang tunai kepada pelajar warga Malaysia
  • Rapid Emas: Diskaun 50 peratus tambang tunai untuk warga emas warga Malaysia

Sistem Tiket, Token Perjalanan

Bagi kemudahan transaksi, kad Touch 'n Go kekal berfungsi sebagai sistem tiket tanpa tunai bagi pembayaran tambang dan pengaktifan pas perjalanan.

Selain itu, token perjalanan sehala dan token konsesi masih ditawarkan pada kadar tambang tunai dan boleh digunakan untuk perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT sahaja.

Fokus Keterangkuman, Kemampuan Tambang

Pelaksanaan rangkaian produk RapidKL itu mencerminkan komitmen Prasarana dalam menyediakan sistem pengangkutan awam lebih mampu milik, inklusif dan fleksibel, selari keperluan pengguna bandar dan matlamat menggalakkan peralihan kepada mobiliti awam.

Maklumat lanjut mengenai produk dan terma penggunaan boleh didapati menerusi saluran rasmi RapidKL.

SUMBER: FB RapidKL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Prasarana, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid KL, RapidKL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my