• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Musim F1 2026 Bermula Mac - Peraturan Baharu, 24 Perlumbaan & Era Tanpa DRS

Musim F1 2026 Bermula Mac - Peraturan Baharu, 24 Perlumbaan & Era Tanpa DRS

December 31, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

F1 GP Hungary 2025

SELEPAS bendera dikibarkan buat kali terakhir pada penutup musim Formula Satu (F1) 2025 di Abu Dhabi, tumpuan peminat sukan permotoran dunia pantas beralih kepada musim F1 2026. Musim baharu ini bukan sekadar kesinambungan kalendar perlumbaan, tetapi menandakan permulaan era paling radikal dalam sejarah Formula 1 moden.

Dengan pengenalan peraturan teknikal serba baharu, penambahan litar, serta perubahan besar pada reka bentuk jentera dan cara perlumbaan berlangsung, F1 2026 dijangka mengubah sepenuhnya hierarki pasukan. Berikut ialah semua yang perlu anda tahu mengenai permulaan musim, perubahan peraturan dan apa yang menanti peminat F1.

Bila Musim F1 2026 Bermula & Berakhir?

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Musim Formula 1 2026 akan bermula secara rasmi dengan Grand Prix Australia di Litar Albert Park, Melbourne, pada 8 Mac 2026, sekali gus mengekalkan Australia sebagai pembuka tirai musim. Perlumbaan ini dijadualkan berlangsung pada hujung minggu 6 hingga 8 Mac, menandakan permulaan kempen yang panjang dan padat.

Seperti musim-musim terdahulu, tirai F1 2026 akan dilabuhkan di Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina pada 6 Disember 2026. Secara keseluruhan, musim ini akan merangkumi 24 perlumbaan, menjadikannya antara kalendar paling sibuk dalam sejarah Formula 1.

Revolusi Besar Peraturan F1 2026

Peraturan F1 2026 dianggap sebagai rombakan paling besar dalam tempoh 75 tahun sejarah Formula 1, melibatkan perubahan menyeluruh pada casis, aerodinamik dan unit kuasa. Fokus utama FIA adalah untuk menghasilkan jentera yang lebih ringan, lebih efisien dan mampu berlumba rapat tanpa terlalu bergantung kepada bantuan aerodinamik.

Salah satu perubahan paling ketara ialah penghapusan sistem DRS (Drag Reduction System). Sebagai ganti, F1 akan memperkenalkan sayap boleh gerak baharu yang direka untuk membantu jentera mengekori rapat dan memudahkan aksi memotong secara semulajadi, sesuatu yang lama diidamkan peminat.

Ujian Pra-Musim Lebih Panjang Dari Biasa

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Disebabkan perubahan teknikal yang besar, pasukan F1 diberikan lebih banyak masa ujian pra-musim berbanding kebiasaan. Ujian awal secara tertutup akan berlangsung di Circuit de Barcelona-Catalunya dari 26 hingga 30 Januari 2026, khusus untuk pasukan memahami asas jentera baharu.

Dua lagi sesi ujian rasmi akan diadakan di Litar Antarabangsa Bahrain, masing-masing pada 11–13 Februari dan 18–20 Februari 2026. Ujian ini dijangka menjadi petunjuk awal pasukan mana yang paling pantas menyesuaikan diri dengan peraturan baharu.

Madrid Sertai Kalendar, Imola Digugurkan

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

Musim F1 2026 turut menyaksikan kemunculan Grand Prix Madrid, yang akan berlangsung di ibu negara Sepanyol. Perlumbaan ini akan menjadi tambahan kepada GP Sepanyol sedia ada di Barcelona, menjadikan Sepanyol satu-satunya negara Eropah dengan dua perlumbaan dalam kalendar.

Sebaliknya, Grand Prix Emilia Romagna di Imola digugurkan daripada kalendar 2026. Keputusan ini dibuat selari dengan strategi F1 untuk menembusi pasaran bandar utama dan memperluaskan tarikan global sukan tersebut.

Kalendar Lengkap F1 2026: 24 Perlumbaan

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Musim F1 2026 akan bermula di Australia pada Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada Disember, merangkumi perlumbaan di Asia, Eropah, Amerika dan Timur Tengah. Antara perlumbaan ikonik yang kekal termasuk Monaco, Silverstone, Spa-Francorchamps dan Monza, manakala litar moden seperti Las Vegas, Miami dan Qatar terus mengukuhkan kehadiran F1 di pasaran baharu.

Kehadiran dua perlumbaan di Sepanyol serta kesinambungan kalendar menuntut daya saing yang tinggi daripada pasukan dan pelumba, menjadikan musim 2026 antara yang paling mencabar dari segi fizikal dan logistik.

Perlumbaan Sprint Masih Diteruskan

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Format perlumbaan sprint akan diteruskan dalam musim F1 2026 dengan enam pusingan dipilih. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah Grand Prix Britain di Silverstone, yang kali terakhir menganjurkan sprint pada 2021.

Lima lagi lokasi sprint ialah China, Miami, Kanada, Belanda dan Singapura. Format ini terus digunakan sebagai usaha F1 meningkatkan aksi perlumbaan dan tarikan hujung minggu kepada penonton di litar dan siaran televisyen.

Barisan Pelumba & Era Baharu Pasukan

Musim 2026 juga menandakan landskap pasukan dan pelumba yang menarik, termasuk kemunculan Audi dan Cadillac sebagai pengeluar baharu. Beberapa nama besar seperti Lewis Hamilton bersama Ferrari, Max Verstappen di Red Bull, serta gabungan pelumba muda dan berpengalaman dijangka menjadi fokus utama.

Perubahan peraturan sering membuka peluang kejutan, dan F1 2026 berpotensi menyaksikan pasukan baharu mencabar dominasi tradisional. Bagi peminat, ini mungkin musim paling tidak dapat dijangka dalam era moden Formula 1.

SUMBER: Crash.Net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Formula One, Kalendar F1, Revolusi Formula One

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my