• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Status Operasi LRT3 Laluan Shah Alam Diumum Januari 2026

Status Operasi LRT3 Laluan Shah Alam Diumum Januari 2026

December 31, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

PERKEMBANGAN terkini berhubung status pengoperasian Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam yang dimiliki Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dijangka akan dimaklumkan sekitar Januari 2026.

Ketua Operasi Laluan Shah Alam, Mohd Ariffin Idris berkata, ketika ini projek LRT3 sedang melalui ujian larian tanpa gagal atau Failure-Free Run (FFR) bagi setiap tren yang digunakan di laluan berkenaan.

Kita mempunyai 22 tren bagi Laluan Shah Alam dan setiap tren perlu melalui ujian ini serta dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Setakat ini, tiga tren telah mencapai jarak yang ditetapkan, namun ia masih perlu dinilai semula kerana APAD akan meneliti semula kriteria ujian yang telah dilaksanakan,” katanya.

Operasi Tidak Bermula Tahun Ini

Sebelum ini, pada 10 Disember lalu, Prasarana mengesahkan LRT3 Laluan Shah Alam tidak akan memulakan operasi pada tahun ini, susulan keperluan menyelesaikan isu kestabilan sistem dan perisian yang masih dikesan dalam fasa pengujian dan pentauliahan (Testing and Commissioning - TC).

Pembukaan Hanya Selepas Sistem Disahkan Stabil

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, pengumuman pembukaan laluan hanya akan dibuat selepas semua komponen teknikal disahkan berfungsi secara stabil mengikut piawaian APAD.

Menurut beliau, ia merangkumi sistem isyarat, perisian tren serta integrasi keseluruhan rangkaian bagi memastikan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan operasi berada pada tahap optimum.

Prasarana Sedia Kongsi Kepakaran Rel

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Ariffin secara peribadi menyatakan Prasarana bersedia menawarkan kepakaran kepada kerajaan Selangor yang merancang meluaskan rangkaian rel menerusi projek Jajaran Rel Kita Selangor.

Beliau berkata Prasarana memiliki asas dan pengalaman kukuh dalam industri rel, termasuk penglibatan kepakaran syarikat itu yang turut digunakan oleh pengendali LRT di Indonesia.

Prasarana mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pengangkutan awam, selain tenaga kerja berkemahiran tinggi yang tidak wajar disia-siakan.

Bagi perancangan Selangor itu, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai pakar tempatan dan saya yakin Prasarana sedia bekerjasama bagi menjayakan pelan pembangunan ini,” katanya.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my