Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KLIA T1 Perkenal Aliran Baharu Pemeriksaan Kastam, Mulai 1 Januari 2026
Auto Terkini

KLIA T1 Perkenal Aliran Baharu Pemeriksaan Kastam, Mulai 1 Januari 2026

SyafieBy Syafie31/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ALIRAN pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) akan ditambah baik menerusi penyatuan pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pengembara yang keluar dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Ketika ini, JKDM melaksanakan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan imigresen, yang dilihat berpotensi menyebabkan kesesakan terutama pada waktu puncak perjalanan.

Aliran Lebih Lancar, Masa Menunggu Dikurangkan

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan, inisiatif baharu itu membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan serta memendekkan masa menunggu di zon berlepas.

Menurut MOT, penambahbaikan tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama rapat antara MOT, JKDM, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

Tahap Keselamatan dan Penguatkuasaan Kekal

Langkah ini tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam. Sebaliknya, pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi serta pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama,” menurut MOT dalam satu kenyataan.

Pengalaman Penumpang Dipertingkat

MOT berkata, penambahbaikan berkenaan dijangka meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepatkan proses menaiki pesawat serta memastikan operasi KLIA T1 berjalan dengan lebih cekap, selamat dan tersusun, selaras dengan amalan terbaik lapangan terbang antarabangsa.

Bagaimanapun, MOT menegaskan bahawa sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang tetap dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kementerian Pengangkutan (MOT) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.