• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan

Bau Kedai Belum Hilang, Tetapi Honda Civic Type R Milik Lelaki Ini Kemalangan

August 2, 2017 By Admin PanduLaju 4 Comments

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GREG Ellingson sanggup terbang dari Philadelphia ke Boston sejauh lebih 400km semata-mata untuk mengambil Honda Civic Type R yang baru dibelinya. Malangnya, tidak lama kemudian dia terpaksa pula menghabiskan masa lima jam dalam trak tunda untuk pulang ke rumah. Apa nak buat, Civic Type R sudah kemalangan!

Siapa sangka ketika sopan memandu pulang, Ellingson tiba-tiba dilanggar dari belakang. Lebih tragis, dia hanya sempat memandu sejauh 243km, musibah tersebut berpunca akibat kecuaian pemandu lain.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

Menurut Ellingson, insiden berlaku di Interstate 95 ketika lalu lintas bergerak perlahan dan berhenti.

Ketika berhenti, saya sedang menukar saluran radio, kemudian tiba-tiba terdengar hentaman kuat dari belakang. Dia langgar kereta saya pada kelajuan 56kmj dan langsung tidak tekan brek."

SEBELUM
SELEPAS

Impak rempuhan tersebut menyebabkan cermin belakang pecah, dan Ellingson sendiri terlanggar kereta di hadapan yang turut menyebabkan bahagian depan keretanya rosak seperti bonet, gril dan bampar depan. Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh 'Claim' atau Tidak?

Apapun, Ellingson memuji sistem HondaLink yang bertindak cepat sebaik saja mengesan situasi kemalangan dengan pantas membuat panggilan kecemasan 911 dan mendapatkan khidmat trak tunda. Kini apa yang diharapkan Ellingson ialah pihak insurans dapat menilai jumlah kerosakan sebenar dan menggantikan model baharu berwarna sama.

Apa yang menjadi tanda tanya, kenapa jauh sangat beli kereta?

SEBELUM
SELEPAS

SUMBER: Jalopnik

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Greg Ellingson, Honda, Honda Civic Type R, Honda Civic Type R kemalangan

Comments

  1. kakiracun says

    August 3, 2017 at 9:48 AM

    knp beli jauh sgt? mungkin sbb undang² dan cukai setiap negeri berbeza dlm USA

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my