• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Morbidelli T352X 2026 Kini di Eropah, L-Twin 90° 41.5 hp/dan 31.5Nm - Lesen B Untuk Pasaran Tempatan!

Morbidelli T352X 2026 Kini di Eropah, L-Twin 90° 41.5 hp/dan 31.5Nm - Lesen B Untuk Pasaran Tempatan!

December 30, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SELAIN model advencer T250X dan T252X yang hangat diperkatakan sekarang, Morbidelli mempunyai sebuah lagi model dengan sesaran lebih besar iaitu T352X.

Model ini dilancarkan secara rasmi di EICMA 2025 lalu dan mula dipasarkan di Eropah.

Enjin L-Twin 90°

Nadi kepada T352X ialah enjin 349.2 cc dua silinder selari (L-Twin 90°), DOHC 8-injap dengan penyejukan cecair.

Ia menghasilkan 41.5 hp pada 10,500 rpm dan 31.5Nm pada 8,500 rpm, digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan serta klac slipper untuk penghantaran kuasa yang lancar dan terkawal.

Sebagai perbandingan, T252X memiliki kuasa 31.5 hp pada 11,000 rpm dan 21Nm pada 9,500 rpm.

Enjin ini dibangunkan untuk penggunaan jarak jauh, sama ada di lebuh raya atau laluan berliku, dengan karakter responsif tetapi mesra penunggang baharu .

Kecekapan bahan api sekitar 4.3 L/100 km digabungkan dengan tangki bahan api 16.8 liter, membolehkan jarak operasi hampir 400 km bagi satu isian, sesuai untuk perjalanan jauh dengan hentian minimum.

Suspensi, ABS belakang boleh padam

Dibina atas rangka perimeter yang kukuh, T352X dilengkapi suspensi jarak panjang untuk pelbagai permukaan.

Di hadapan dilengkapi fork terbalik 41 mm dengan jarak gerak 160 mm, manakala bahagian belakang menggunakan sistem Pro-link monosyok boleh laras dengan jarak gerak 140 mm.

Gabungan roda jejari 19 inci depan dan 17 inci belakang dengan tayar dua guna Pirelli membolehkan jentera ini bergerak yakin di atas asfalt, kerikil dan laluan off-road ringan .

Sistem brek cakera dengan Bosch ABS dua saluran turut menawarkan fungsi nyahaktif ABS belakang untuk tunggangan off-road, meningkatkan kawalan dalam situasi mencabar.

Tiga Mod Tunggangan

Kokpit T352X didominasi skrin TFT berwarna 7 inci dengan sambungan Bluetooth dan fungsi navigasi mirroring.

Melalui sistem Morbidelli Connect (T-BOX), penunggang mendapat akses kepada fungsi anti-kecurian, bantuan SOS serta integrasi aplikasi pintar.

Sistem elektronik turut merangkumi Traction Control (TCS), TPMS, dan tiga mod tunggangan untuk menyesuaikan karakter motosikal mengikut situasi .

Reka Bentuk Advencer

T352X tampil dengan identiti lasak menerusi rekaan agresif dan tandatangan lampu LED berbentuk X yang menonjolkan kehadiran di jalan raya.

Penunggang boleh menggunakan sistem bagasi rasmi Morbidelli, sama ada kotak aluminium keras atau beg lembut kalis air, menjadikannya fleksibel untuk kegunaan harian atau pengembaraan jarak jauh.

Ciri sokongan lain termasuk grip pemanas, soket USB-C, suis bercahaaya belakang dan pelindung tangan yang meningkatkan keselesaan serta kebolehgunaan dalam cuaca dan keadaan berbeza.

Dengan ketinggian tempat duduk 820 mm dan berat basah sekitar 195 kg, Morbidelli T352X direka supaya mudah dikawal sambil kekal stabil.

Spesifikasi Morbidelli T352X (MY2026)

  • Enjin: 349.2 ccM 2-silinder selari (L-Twin 90°), 4-lejang, DOHC 8-injap
  • Kuasa maksimum: 41.5 hp @ 10,500 rpm
  • Tork maksimum: 31.5 Nm @ 8,500 rpm
  • Penyejukan: Cecair
  • Transmisi: 6-kelajuan, klac slipper
  • Rangka: Perimeter
  • Suspensi depan: Fork terbalik 41 mm, jarak gerak 160 mm
  • Suspensi belakang: Pro-link monosyok boleh laras, jarak gerak 140 mm
  • Brek depan: Cakera terapung 300 mm, angkup 4-piston
  • Brek belakang: Cakera 240 mm
  • ABS: Bosch dua saluran, ABS belakang boleh dinyahaktif
  • TCS / TPMS: Standard
  • Mod tunggangan: 3 mod
  • Roda: Jejari
  • Tayar depan: 110/80-19 Pirelli
  • Tayar belakang: 150/60-17 Pirelli
  • Paparan: TFT 7 inci, Bluetooth, navigasi mirroring
  • Ketinggian tempat duduk: 820 mm
  • Kapasiti tangki: 16.8 liter
  • Berat basah: 195 kg
  • Kelajuan maksimum: 155 km/j

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Morbidelli, Morbidelli T352X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my