• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Renault Twingo E-Tech Bawah EUR20 Ribu, Janji Renault Tertunai!

Renault Twingo E-Tech Bawah EUR20 Ribu, Janji Renault Tertunai!

December 23, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

RENAULT telah menunaikan janji untuk membawa mobiliti elektrik mampu milik ke pasaran Eropah.

Jika di pasaran tempatan, angka di bawah RM100 ribu berjaya dipecahkan dengan jurang yang besar (Proton e.MAS 5, Wuling Bingo EV), di Eropah pula €20 ribu merupakan angka ajaib atau sasaran.

Renault Twingo E-Tech elektric yang diperkenalkan sebagai kereta konsep pada November 2023 kini dilancarkan secara rasmi dengan harga permulaan yang sangat kompetitif iaitu €19,490 (RM93,318) bagi varian Evolution.

Bagi pasaran Perancis, harga ini boleh menjadi lebih rendah sehingga €14,720 (RM70,479) melalui bantuan subsidi dan bonus skim Sijil Penjimatan Tenaga bagi kategori isi rumah tertentu.

Kelengkapan Standard Varian Evolution Dan Techno

Renault tidak berkompromi dalam aspek nilai kepada pelanggan dengan menawarkan spesifikasi yang lengkap walaupun untuk varian asas.

Varian Evolution dilengkapi dengan panel instrumen digital 7 inci, skrin multimedia pusat 10 inci yang menyokong integrasi telefon pintar, sistem kawalan jelajah, serta pelbagai ciri keselamatan aktif.

Di antaranya sistem brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, pemantauan pemandu tahap maju dan brek parkir automatik.

Selain itu, ia turut disertakan dengan tempat duduk belakang dengan larasan gelangsar secara individu, penyaman udara manual, sensor parkir belakang dan kabel pengecasan mod 3.

Bagi mereka yang mahukan lebih kemewahan, varian Techno ditawarkan pada harga €21,090 (RM101,000).

Varian tertinggi ini ditambah dengan sistem OpenR Link yang mengintegrasikan Google, avatar Reno, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi Stop and Go, serta penyaman udara automatik.

Ciri eksklusif lain bagi varian ini adalah fungsi pemanduan satu pedal, penyandar kerusi penumpang depan yang boleh dilipat rata dan kamera pandangan belakang digital.

Reka Bentuk Ikonik Dan Ruang Dalaman Fleksibel

Twingo E-Tech elektrik mengekalkan identiti reka bentuk generasi pertama yang ikonik namun diberi nafas kontemporari yang segar.

Walaupun hanya berukuran 3.79 meter panjang, kereta ini menawarkan ruang dalaman yang luas dan praktikal.

Dengan konfigurasi lima pintu dan tempat duduk belakang jenis bebas yang boleh digelangsar pada semua versi, ia memberikan fleksibiliti ruang kargo sehingga 360 liter.

Model ini juga merupakan yang pertama dalam segmen dilengkapi teknologi bantuan pemanduan kelas atas.

Bateri LFP mampu memberikan jarak sehingga 263 km(WLTP). Unit rangkaian kuasa ini menggunakan motor elektrik 60 kW yang menghasilkan 82 hp.

Sistem Pengecasan dan Pilihan Warna

Dari segi pengecasan, Twingo E-Tech elektrik dilengkapi pengecas AC 6.6 kW secara standard yang membolehkan bateri dicas penuh dalam masa 4 jam 15 minit.

Renault menawarkan pakej Advanced Charge sebagai pilihan tambahan pada harga €500 (RM2,394).

Pakej ini merangkumi pengecas AC dua arah 11 kW dan pengecas pantas DC 50 kW yang mampu mengecas bateri daripada 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.

Sistem pengecasan 11 kW ini juga menyokong fungsi V2L (vehicle to load) yang membolehkan kenderaan membekalkan kuasa sehingga 3,700W kepada peralatan elektrik serta fungsi V2G (vehicle to grid) untuk menguruskan kos tenaga di rumah.

Dengan tambahan pakej DC ini, harga permulaan Twingo E-Tech masih kekal di bawah paras €20,000 iaitu sekitar €19,990 (RM95,712).

Pelanggan boleh memilih empat warna utama iaitu Absolute Red, Absolute Green, Mango Yellow dan Starry Black.

Dua warna tambahan iaitu Glacier White dan Schist Grey mengambil giliran apabila tempahan varian Evolution dibuka kelak.

Rim standard bersaiz 16 inci dan rim 18 inci turut ditawarkan untuk kedua-dua varian bagi penampilan yang lebih unik.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Renault, Renault Twingo, Renault Twingo E-Tech, Renault Twingo E-Tech electric

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my