• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Walaupun Lamborghini Diablo Milik Jamiroquai Ini Penuh Kisah Tragis, Harga Jualan RM3.1 Juta

Walaupun Lamborghini Diablo Milik Jamiroquai Ini Penuh Kisah Tragis, Harga Jualan RM3.1 Juta

August 4, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN Auto Trader sudah beroperasi dalam jual beli kenderaan selama 40 tahun dan menjadi platform dagangan automobil terbesar di Britain, tetapi baru inilah kali pertama sebuah kereta bersejarah hebat diiklankan.

Kereta tersebut adalah sebuah Lamborghini Diablo yang pernah digunakan dalam video klip kumpulan Jamiroquai pada 1990-an, dan kini diiklankan dalam portal Auto Trader minggu ini. Bukan susah mahu mengecam Lamborghini tersebut kerana itulah satu-satunya supercar yang dicat warna eksotik, ungu viola-metallic.

BACA >>> Vokalis Jamiroquai Mahu Jual Hot-Hatch Ikonik - Lancia Delta Integrale Evo II

Harga pula memang luar biasa, semahal £549,995 (RM3,118,217). Malah, Diablo tersebut adalah antara 16 model pemanduan sebelah kanan. Lebih luar biasa lagi, supercar berkenaan ialah kereta kedua selepas unit pertama dilupuskan akibat kemalangan ketika menjalani penggambaran video klip yang menyebabkan diganti model baharu.

PENUH SEJARAH TRAGIS

Lagi tragis, kereta kedua itu pula (yang mahu dijual ini) pun turut kemalangan. Khabarnya, ketika sesi penggambaran, sebuah kamera terjatuh dari tempat tinggi dan menghempap terus cermin depan Diablo itu. Mujurlah si vokalis Jamiroquai, Jay Kay sanggup meneruskan juga penggambaran dengan memandu kereta tersebut tanpa cermin hadapan.

Lamborghini Diablo yang hendak dijual itu diiklankan Amari Supercars dan dikatakan satu-satunya pengedar yang pernah memiliki kereta tersebut sejak dijual kepada Jamiroquai pada 1996.

Sepanjang sejarah Diablo berkenaan, hanya dua individu pernah memilikinya sebelum kembali semula kepada Amari Supercars selepas beberapa ketika berada di Jerman. Di sana, kereta itu  dimiliki pengumpul koleksi kereta Lamborghini.

Melihat kepada gambar Diablo yang diberikan, memang inilah legenda swag bruh!

GALERI

Related

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Trader, Jamiroquai, Jay Kay, Lamborghini, Lamborghini Diablo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my