• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / inDrive Kini Terima Kelulusan APAD untuk Teruskan Operasi

inDrive Kini Terima Kelulusan APAD untuk Teruskan Operasi

December 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PLATFORM e-panggil global, inDrive, mengumumkan pihaknya sudah menerima kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meneruskan operasi di Malaysia selepas melengkapkan proses semakan pelesenan selama tiga bulan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Pengurus Operasi Pemandu inDrive Malaysia, Azlan Anwar berkata, kelulusan itu membolehkan syarikat bergerak ke hadapan dengan lebih yakin dalam memastikan kestabilan operasi, bukan sahaja untuk pemandu dan penumpang, malah keseluruhan ekosistem mobiliti negara.

Sepanjang beberapa bulan lepas, kami telah memperkukuh setiap aspek sistem pematuhan. Kami menambah baik prosedur dalaman, mengetatkan pengesahan dokumen dan mempertingkatkan proses audit bagi memastikan hanya pemandu yang memenuhi semua keperluan kawal selia dibenarkan aktif di platform,” katanya.

Pematuhan Lesen dan Permit Jadi Keutamaan

Azlan menjelaskan setiap pemandu inDrive diwajibkan memiliki:

  • Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah
  • Perlindungan insurans e-panggil
  • Kenderaan yang layak digunakan di jalan raya

Selain itu, pemandu hanya akan diaktifkan dalam aplikasi selepas Permit Kenderaan E-Panggil (EVP) diluluskan oleh APAD.

Hanya selepas semua kriteria ini dipenuhi dan EVP diluluskan, barulah pemandu akan diaktifkan dalam aplikasi kami,” katanya.

Pernah Diarahkan Henti Operasi

Untuk rekod, pada Mei lalu, APAD sudah mengeluarkan perintah supaya inDrive menghentikan operasi di Malaysia atas alasan ketidakpatuhan terhadap keperluan pelesenan, selepas mendapati sebahagian pemandu beroperasi tanpa lesen EVP dan PSV yang sah.

Bagaimanapun, platform itu dibenarkan menyambung semula operasi di bawah tempoh pemantauan selama tiga bulan bermula Julai 2025, sebelum kelulusan penuh diberikan.

Hampir Capai 40,000 Pemandu Aktif

Susulan kelulusan tersebut, Azlan berkata inDrive akan terus memperkukuh operasinya di Malaysia melalui:

  • Penambahbaikan proses pengambilan pemandu
  • Pengesahan semula dokumen yang lebih ketat
  • Audit dalaman berterusan
  • Peluasan inisiatif sokongan kepada pemandu

Beliau berkata platform itu kini hampir mencapai sasaran 40,000 pemandu aktif di seluruh negara, selepas berjaya mendaftarkan kira-kira 95 peratus daripada sasaran tersebut.

Ketika ini kami mempunyai inisiatif pemerolehan mudah alih dengan memberi tumpuan kepada pemandu di kawasan kecil sekitar Lembah Klang, selain kiosk pengambilan pemandu di Johor Bahru dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, inDrive sedang meneliti pelbagai inisiatif tambahan bagi meningkatkan jumlah pemandu di Malaysia bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Auto Terkini, e-Hailing, inDrive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my