Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Selangor Mula Guna Kamera Badan Dalam Operasi Penguatkuasaan
Auto Terkini

JPJ Selangor Mula Guna Kamera Badan Dalam Operasi Penguatkuasaan

SyafieBy Syafie22/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ mula guna kamera badan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mula melaksanakan pemakaian kamera badan (body worn camera, BWC) dalam kalangan anggota penguat kuasa bermula Isnin lalu sebagai langkah strategik meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti ketika operasi penguatkuasaan di lapangan.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, rakaman visual dan audio yang dirakam melalui BWC akan berfungsi sebagai bahan sokongan bukti yang sah, sekali gus membantu melancarkan siasatan jika berlaku sebarang pertikaian.

Pemakaian BWC juga bertujuan melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan ketika menjalankan tugas,” katanya.

Ops Perang Lebih Muatan Diteruskan Hingga 31 Disember

Dalam pada itu, Azrin berkata JPJ Selangor kekal komited melaksanakan Operasi Perang Lebih Muatan, yang berkuat kuasa 14 Oktober hingga 31 Disember ini di seluruh negara.

Setakat Rabu lalu, seramai:

  • 22 kenderaan lebih muatan ditahan
  • 39,555 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

Kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (5,160 notis)
  • Tiada lesen memandu kompeten (CDL) (4,440 notis)
  • Tiada perlindungan insurans (3,492 notis)
  • Tiada lesen vokasional (2,299 notis)

Penguatkuasaan Demi Keselamatan Jalan Raya

Azrin berkata, penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai langkah mendidik dan memastikan pematuhan terhadap spesifikasi teknikal, had muatan dan standard keselamatan jalan raya.

Penguatkuasaan bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya mendidik dan memastikan semua pengendali dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi spesifikasi teknikal, had muatan dan standard keselamatan jalan raya demi kepentingan bersama,” katanya.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil tanpa pengecualian terhadap mana-mana pihak melanggar peraturan.

Saluran Aduan Rasmi

Orang ramai turut diminta menyalurkan aduan kesalahan kenderaan perdagangan menerusi:

  • Aplikasi MyJPJ
  • e-Aduan@JPJ
  • E-mel: aduantrafik@jpj.gov.my

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Body Worn Camera (BWC) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Selangor kamera badan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.