• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group

Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group

August 2, 2017 By Han Othman Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMINDAHKAN pengeluar besar daripada syarikat induk dan membawa masuk ke syarikat induk lain bukanlah kerja mudah yang dapat diselesaikan hanya semalam. Khabarnya, masa paling pantas diambil ialah lima bulan. Itulah masa diambil untuk melengkapkan perpindahan Opel daripada General Motors (GM) kepada PSA Group. 

Dalam rundingan pertama pada Mac lalu, GM sudah pun mengumumkan penjualan Opel kepada konglomerat automotif dari Perancis, PSA Group yang juga memiliki Peugeot, Citroën dan DS. Justeru kehadiran Opel dan Vauxhall akan menambahkan profil portfolio PSA Group kepada lima jenama automotif besar di bawah satu bumbung. Opel sebelum ini ialah bahagian Eropah dalam GM sejak 1929.

opel-psa-group-1
opel-psa-group-2

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opel, Michael Lohscheller berkata;

Ini ialah hari bersejarah. Kami berbangga dapat menyertai PSA Group dan kini membukan episod baharu dalam sejarah kami selepas 88 tahun dengan GM. Kami akan meneruskan hala tuju kami dalam menjadikan teknologi 'buatan Jerman' ada untuk semua orang."

KEDUA TERBESAR DI EROPAH

Susulan kelulusan peraturan Kesatuan Eropah (EU), bulan lalu, PSA Group kini ialah pengeluar kedua terbesar di Eropah (selepas Volkswagen), dengan 17 peratus penguasaan pasaran. Pemegang saham terbesar PSA Group kekal milik Peugeot, diikuti Kerajaan Perancis, dan pengeluar automotif China, Dongfeng yang setiap satu memiliki pegangan 13.68 peratus.

Pengumuman tersebut turut membabitkan pelantikan baharu Christian Müller sebagai naib presiden kejuruteraan, Rémi Girardon (naib presiden pembuatan), Philippe de Rovira (Ketua Pegawai Kewangan - CFO), dan Michelle Wen (naib presiden pembelian dan kitaran pembekalan).

“Kita menyaksikan kelahiran juara Eropah sebenar, hari ini," kata Pengerusi PSA Group, Carlos Tavares.

"Opel akan kekal Jerman, Vauxhall akan kekal British. Mereka cukup sempurna untuk portfolio jenama Perancis yang kami ada seperti Peugeot, Citroën, dan DS Automobiles," kata Presiden GM, Dan Amman yang menganggap pemindahan pemilikan itu sebagai satu lagi langkah penting yang membolehkan gergasi automotif Amerika itu lebih menumpukan kepada sumber dengan peluang pulangan tinggi.

opel-psa-group-6
opel-psa-group-4
opel-psa-group-5
opel-psa-group-3

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Generam Motors (GM), GM, Opel, Opel kini milik PSA Group, PSA Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev