• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

December 18, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Penunggang motosikal

MENUNGGANG motosikal bukan sekadar mengenai pengangkutan atau hobi hujung minggu. Bagi ramai penunggang, ia mengenai kebebasan, fokus dan perasaan benar-benar hidup pada setiap detik atas jalan.

Apa yang mungkin tidak disedari, pengalaman itu terbukti secara klinikal memberi kesan positif kepada kesihatan mental.

Satu kajian dilakukan Universiti California Los Angeles (UCLA) pada 2021, yang dibiayai Harley-Davidson, membuktikan aktiviti menunggang motosikal membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan tahap fokus dan memberi kesan baik ke atas minda dan tubuh.

Dapatan kajian itu mengesahkan apa yang sudah lama dirasai komuniti penunggang. Apa sebenarnya yang penunggang dapat dengan menunggang?

1. Menunggang Sebagai Meditasi Aktif

Off-road motocross
Penunggang motosikal bermeditasi

Kajian mendapati menunggang selama 20 minit mampu mengurangkan tahap kortisol, iaitu hormon stres hingga 28 peratus. Kesan itu setanding dengan amalan kesedaran (mindfulness) seperti yoga dan meditasi.

Ketika menunggang, perhatian sepenuhnya tertumpu kepada jalan, bunyi enjin, imbangan badan dan pergerakan motosikal. Situasi itu mewujudkan flow state, yang mana gangguan dan kebimbangan harian hilang buat seketika, sekali gus memberi ketenangan mental.

2. Hubungan Minda, Fizikal Setiap Selekoh

Menunggang motosikal adalah aktiviti fizikal yang aktif. Setiap tindakan seperti membrek, menukar gear dan mengambil selekoh melibatkan koordinasi minda dan otot. Menurut kajian sama, kadar degupan jantung peserta meningkat 11 peratus manakala tahap adrenalin naik hingga 27 peratus, hampir menyamai senaman ringan.

Gabungan rangsangan fizikal dan mental itu membantu meningkatkan tahap kepekaan, kejelasan minda dan tenaga, menyebabkan penunggang berasa lebih segar selepas menunggang.

3. Komuniti yang Kurang Rasa Terasing

Komuniti penunggang di Malaysia
Penunggang Sikh

Walaupun sinonim dengan kebebasan individu, dunia permotoran juga menawarkan nilai kebersamaan yang kuat. Hubungan sesama penunggang, sama ada melalui konvoi atau interaksi ringkas di jalan raya, mewujudkan rasa kekitaan yang membantu mengurangkan rasa sunyi dan terasing.

Bagi golongan veteran dan petugas barisan hadapan yang bergelut cabaran seperti  Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD) dan kemurungan, sokongan komuniti terbukti memberi kesan besar terhadap kesejahteraan mental.

4. Rasa Bebas, Keyakinan Diri

Pengalaman mengawal motosikal dan meneroka laluan baharu memberi rasa penguasaan dan keyakinan diri. Setiap keputusan di atas motosikal adalah tanggungjawab penunggang sendiri, sekali gus membantu membina daya tahan mental dan kepercayaan terhadap keupayaan diri.

4. Sains Bertemu Minat

Kajian turut menunjukkan peningkatan aktiviti otak melalui bacaan Elektroensefalogram (EEG), menandakan tahap fokus deria dan kewaspadaan yang lebih tinggi ketika menunggang. Inilah sebab ramai penunggang merasakan fikiran lebih tenang dan jelas selepas berada atas motosikal.

Dalam dunia moden yang sarat tekanan dan rangsangan berlebihan, menunggang motosikal menawarkan satu bentuk 'reset' mental yang sukar ditandingi oleh aktiviti lain.

5. Lebih Sekadar Hobi

Dengan sokongan bukti saintifik, jelas sekali menunggang motosikal bukan sekadar aktiviti rekreasi, tetapi juga alat untuk mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus dan memperkukuh kesejahteraan mental.

Sama ada penunggang berpengalaman atau baru mempertimbang untuk memiliki motosikal pertama, jalan terbuka menawarkan lebih sekadar destinasi, ia membuka ruang ketenangan, keyakinan dan keseimbangan diri.

SUMBER: MotorcycleMissions.org

Related

4
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: fizikal, kebaikan menunggang motosikal, Kesihatan Mental, komuniti motosikal, Konvoi Motosikal, meditasi aktif, Menunggang Motosikal, minda, motosikal, TahukahAnda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my