
TQ WULING secara rasmi melancarkan TQ Wuling Bingo EV di pasaran Malaysia yang menandakan langkah besar dalam usaha menjadikan mobiliti elektrik lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Model hatchback elektrik kompak itu dipasang secara tempatan (CKD) dan ditawarkan dalam dua varian Bingo PRO, dan Bingo MAX.
EV Pertama di Bawah Jenama TQ Wuling
Bingo EV ialah model pertama di bawah jenama TQ Wuling, hasil kerjasama strategik antara Tan Chong Motor Holdings Berhad dan SAIC-GM-Wuling (SGMW).
Kerjasama itu menggabungkan kepakaran Tan Chong dalam pembuatan dan rangkaian tempatan, bersama pengalaman global SGMW dalam pembangunan teknologi EV, sekali gus membolehkan sebuah EV global ditawarkan pada harga lebih realistik untuk pasaran Malaysia.
Harga Rasmi, Varian TQ Wuling Bingo EV
Sempena pelancaran, TQ Wuling memperkenalkan pakej pembelian Bingo’s Fabulous 5 Perks, melibatkanb rebat tunai RM5,000 yang menjadikan harga atas jalan (OTR) seperti berikut:
- Bingo PRO - RM67,800
- Bingo MAX - RM72,800
Kedua-dua varian itu diletakkan sebagai EV urban praktikal, yang sesuai untuk kegunaan harian dan pengguna pertama yang mahu beralih kepada kenderaan elektrik (EV).
Prestasi, Jarak Pemanduan
TQ Wuling Bingo EV dibangunkan khas untuk pemanduan bandar, dengan menumpukan kepada kecekapan, keselesaan dan kos pemilikan rendah.
Spesifikasi Utama
- Motor elektrik depan 50kW (68ps)
- Tork maksimum 150Nm
- Pacuan roda depan (FWD)
- Transmisi 1-kelajuan
Bateri dan Jarak Pemanduan
- Bingo PRO
- Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 31.9kWh
- Jarak pemanduan hingga 333km (CLTC)
- Bingo MAX
- Bateri LFP 37.9kWh
- Jarak pemanduan hingga 410 km (CLTC)
Sistem MAGIC Battery dengan Fokus Keselamatan
TQ Wuling Bingo EV menggunakan MAGIC BAttery milik SGMW, iaitu sistem bateri yang digunakan lebih tiga juta EV peringkat global tanpa rekod kebakaran. Antara ciri keselamatan utama MAGIC Battery adalah:
- Pensijilan IP68 (kalis air dan habuk)
- Sistem penyejukan cecair dan pengurusan haba pintar
- Perlindungan terhadap lebihan cas, nyah cas, litar pintas dan hentakan
Pengecasan
- Pengecasan pantas (DC) 30 - 80 peratus mengambil masa sekitar 35 minit
- Pengecasan standard (AC) 0 - 100 peratus mengambil masa ~4.5 jam (PRO), dan ~5.5 jam (MAX)
Dimensi, Rekabentuk Retro-Moden
TQ Wuling Bingo EV mudah dikendalikan di kawasan bandar dengan dimensi panjang 3,950mm, lebar 1,708mm, dan tinggi 1,580mm, manakala jarak roda 2,560mm
Rekabentuk luaran menampilkan gaya retro-chic dengan garisan bulat, lampu LED bentuk X, dan kemasan dwi-tona dengan bumbung hitam. Pilihan warna untuk pasaran Malaysia ialah:
- Milky White (putih)
- Neon Blue (biru)
- Lavender Purple (ungu)
Kabin Praktikal, Sarat Teknologi
Ruang dalaman TQ Wuling Bingo EV menggabungkan elemen moden dan praktikal, sesuai untuk kegunaan harian:
- Dwi-skrin 10.25 inci (meter digital dan infotainmen)
- Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
- Tempat duduk kulit sintetik dwi-tona
- Konsol tengah gaya f'loating island'
- Ruang but 395 liter, hingga 1,240 liter (tempat duduk belakang dilipat)
Ciri keselesaan seperti:
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan
- Kawalan Jelajah
- Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan pegun automatik (Auto Hold)
- Penghidup tanpa kunci (keyless entry) dan pintu kunci automatik bila meninggalkan kereta (Walkaway Auto-Lock)
Ciri Keselamatan Menyeluruh
TQ Wuling Bingo EV didatangkan dengan tahap keselamatan yang tinggi untuk segmennya, termasuk:
- 6 beg udara (standard untuk kedua-dua varian, pertama di dunia untuk model ini)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Amaran Titik Buta (BSW)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Amaran pejalan kaki halaju rendah
Struktur badan menggunakan keluli tegangan tinggi 1,500MPa bagi meningkatkan perlindungan penumpang.
Waranti, Rangkaian Selepas Jualan
Setiap pembelian TQ Wuling Bingo EV disertakan dengan:
- Waranti bateri EV 8 tahun / 120,000 km
- Waranti motor pacuan 8 tahun / 160,000 km
- Waranti kenderaan 5 tahun / 150,000 km
Kini terdapat 6 bilik pameran TQ Wuling dan tujuh pusat servis di Semenanjung Malaysia, dengan lebih banyak cawangan bakal dibuka.
Pada harga bermula RM67,800, pemasangan tempatan (CKD), jarak pemanduan praktikal dan pakej pemilikan menyeluruh, TQ Wuling Bingo EV muncul sebagai antara pilihan EV paling logik dan mampu milik untuk pengguna bandar di Malaysia.













































































































































Leave a Reply