
SUASANA di MotorManiac HQ malam Sabtu lalu memang 'meletup' apabila acara MotorManiac Drift Meet Vol. 2 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, sekali gus membuktikan jenama gaya hidup automotif itu bukan sekadar trend, tetapi sebuah pergerakan budaya yang semakin kukuh dalam arena automotif Malaysia.
Acara anjuran MotorManiac, diasaskan Wan Mikhail Faizi (Mike), sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai jenama yang membawa budaya drift, kreativiti anak muda dan gaya hidup automotif ke arus perdana.
MotorManiac - dari Komuniti Akar Umbi ke Pentas Nasional
MotorManiac wujud di bawah ekosistem Bateriku.com, dan berkembang sebagai platform komuniti yang menyatukan minat terhadap kereta, sukan permotoran, hiburan dan gaya hidup moden.
Dalam sesi media, Mike berkata;
Misi kami adalah membina komuniti. Bila komuniti kuat, barulah mereka mengenali Bateriku.com dan produk kami seperti Astra Battery."
Sejak penubuhan, MotorManiac pernah menghimpunkan hingga 300 kereta dalam satu perjumpaan, dan kini acara mereka semakin berskala festival.
Aksi Drift 22 Kereta - Lebih Teknikal, Lebih Meriah
Edisi kedua Drift Meet itu menampilkan:
- 22 kereta drift pelbagai kelas
- One Dream Layout - teknikal, tetapi mesra semua tahap pelumba drift
- Persembahan B-boy
- Jualan barangan MotorManiac
- Taxi Ride Drift untuk pengunjung merasai pengalaman drift sebenar
Antara keunikan acara itu ialah akses drift percuma untuk pemandu drift, yang juga antara usaha besar membantu pembangunan bakat tempatan.
Mike berkata;
Kos drift memang tinggi. Kami mahu buka platform ini kepada semua, tanpa bayaran."
MotorManiac Lancar Kereta Drift Rasmi - Sedia ke D1GP, National Drift Series
Acara malam itu turut menyaksikan pelancaran kereta drift rasmi MotorManiac, Nissan Silvia S15 yang akan bertanding dalam:
- National Drift Series
- D1 Grand Prix (D1GP) Malaysia
- King of Drift

Kereta projek itu tampil dengan identiti penuh Astra Battery yang menandakan komitmen MotorManiac untuk terlibat secara serius dalam dunia sukan drift profesional.
Astra Battery - Bateri Teknologi Tempatan Dipercayai
Sebagai sebahagian ekosistem Bateriku.com, Astra Battery menjadi tulang belakang teknikal acara tersebut dengan hampir 90 peratus kereta drift menggunakan bateri Astra.
Kelebihan utama Astra Battery:
- Waranti 8 bulan (5 bulan tukar penuh)
- Tuntutan waranti seluruh negara melalui batterypro.com
- Pengesahan SIRIM
- Perlindungan kemalangan peribadi hingga RM7,000
- Sistem 'Drip Down Mechanic' - mengurangkan beban mekanik terhadap tuntutan
Menurut Mike;
Kadang-kadang sesebuah kereta rosak bukan sebab bateri, tapi mekanik yang kena marah. Dengan Astra Battery, semua tuntutan pergi terus ke ibu pejabat HQ, mekanik tak terbeban."
Sejak 2022, Astra sudah terjual lebih sejuta unit seluruh Malaysia, kata Mike.
MotorManiac Rancang Kejohanan Drift Taraf MAM
MotorManiac kini dalam perbincangan dengan APD Serdang untuk menganjurkan sebuah kejuaraan drift rasmi yang bakal diiktiraf Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).
Mike berkata;
Sudah tiba masa drift Malaysia naik level. Kami mahu bina laluan profesional untuk drifter tempatan."
MotorManiac Bukan Sekadar Jenama, Budaya Baharu Automotif Malaysia
Dengan sokongan komuniti yang besar, kreativiti anak muda, ekosistem Bateriku.com dan teknologi Astra Battery, MotorManiac kini menjadi nadi penting dalam pembentukan budaya automotif moden di Malaysia, hasil gabungan sukan permotoran, gaya hidup, hiburan dan komuniti.
Gerakan baru bermula, dan jelas, MotorManiac sedang memecut laju ke masa depan automotif tempatan.






























Leave a Reply