• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium - Najmie Adib Kongsi Pengalamannya...

Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium - Najmie Adib Kongsi Pengalamannya...

July 31, 2017 By Abang GYL 5 Comments

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Persona Premium Najmie Adib"SUDAH lama sebenarnya saya nak beli Proton Persona. Desain pun cantik dan paling penting ada 5-bintang ASEAN NCAP.

"Tanpa fikir lama, saya ambil keputusan untuk jadikan Proton Persona Premium ini sebagai teman hidup. Mana boleh tahan abang, desain cantik dan kereta pun sedap. Jenama lain mana nak dapat harga macam ni," demikian kata Najmie Adib Azman.

Lebih menarik, Najmie Adib, 30, turut dipilih salah seorang pemenang mingguan peraduan Proton Experience The Drive yang berjaya membawa pulang kad minyak bernilai RM500.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Anda Patut Jatuh Cinta Kepada Proton Persona

Menurut Najmie Adib, dia tidak menyangka apabila terpilih sebagai pemenang mingguan dalam peraduan Proton Experience The Drive.

"Semasa berkunjung ke bilik pameran Proton di Juru, Pulau Pinang, niat saya hanya mahu memandu uji Proton Persona dan buat tempahan. Selepas memandu uji, jurujual di sana minta saya isi borang dan slogan.

"Saya ingatkan sekadar suka-suka hinggalah baru-baru ini pihak pengurusan Proton telefon dan memaklumkan saya dipilih sebagai pemenang mingguan peraduan Proton Experience The Drive.

"Kereta pun sedap, siap dapat minyak free lagi. Mana nak dapat macam ni? Terima kasih Proton," tambah Najmie Adib.

Semasa menghubungi Najmie Adib menerusi telefon baru-baru ini, kami sempat bertanyakan beberapa soalan mengenai pengalamannya sebagai pemilik Proton Persona. Berikut ialah komen Najmie Adib selepas lebih sebulan memiliki Proton Persona Premium.

peraduan Proton Experience The DriveKENAPA PILIH PROTON PERSONA?

"Sejak mula keluar, saya memang sudah suka desain Persona. Bonet pula luas dan sesuai untuk saya yang sudah berumah tangga. Tapi paling penting, saya tertarik dengan ciri-ciri keselamatan yang ada pada Persona.

"Dengan enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), HPF dan banyak lagi, memang tak ada kereta lain yang boleh dapat harga di bawah RM60,000.

"Biarlah apa orang nak kata pasal Proton, saya tetap pilih sebab kereta Proton sekarang sudah semakin maju. Produk Proton juga semakin selamat.

BACA >>> Proton Persona Hatchback Versi Ajerul Antoine Memang Memberahikan!!!

pandu uji proton persona 2016PRESTASI PULA BAGAIMANA?

Dari segi prestasi, saya tak ada masalah. Enjin 1.6L memang sedap dibawa. Paling penting, enjin lancar dan tak mengaum ketika kita tekan kuat. Ruang kabin pula senyap walaupun dipandu laju.

pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016
pandu uji proton persona 2016

APA PANDANGAN PASAL PROTON VALUE 5?

Sejujurnya saya merasakan semua peminat atau pembeli Proton sangat ternanti-nanti dengan promosi Proton Value 5. Paling penting, Proton siap bagi waranti dan servis selama lima tahun.

Maknanya, saya tak perlu bayar sesen pun masa servis kereta. Bayangkan dalam lima tahun ini, saya tak perlu bayar apa-apa. Kalau dikirakan, banyak dah saya jimat.

Saya harap Proton akan dapat teruskan bagi servis percuma dekat semua pembeli kereta Proton. Paling penting, pastikan khidmat selepas jualan berada pada tahap terbaik.

GALERI

peraduan Proton Experience The Drive
Proton Persona Premium Najmie Adib
peraduan Proton Experience The Drive
Proton Persona Premium Najmie Adib
Proton Persona Premium Najmie Adib

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga Proton Persona, inilah sebab kenapa saya pilih proton persona, Najmie Adib Azman, Pengalaman beli kereta Proton persona, proton experience the drive, proton persona premium

Comments

  1. Amran says

    July 31, 2017 at 4:16 PM

    Itu je?

    Reply
  2. Fahmi says

    August 1, 2017 at 9:02 AM

    Kalu masuk dgn skirt. . . Lg cun ooooo. . Betul ckp. . .

    Reply
  3. Lyana says

    February 13, 2018 at 5:28 PM

    Mana nak sama barang free dengan yang terpaksa bayar bulan-bulan. Kalau bayar bulan-bulan dan ada masalah, baru tau ke laut jawabnya menyumpah seranah. Tapi, beli kereta ni kadang bergantung nasib kot?

    Kalau ok...ok la dia. Dapat yang tak ok spoil semua tambahan pula bagi yang jenis asal boleh start terus jalan dan tak pandai jaga kereta.

    Saya tengah tunggu komplikasi kepada kereta yang jenis tak guna kunci bila start suis ni. Nak tengok berapa lama boleh pakai starter dia.. Boleh tahan sampai 5 tahun atau 10 tahun? Tambahan cuaca di Malaysia ini. Panas, kemudian hujan tetiba. Tengok je la. Ada kereta yang jimat minyak boleh mati enjin sendiri bila tekan brek. ini pun saya nak tengok apa jadi kalau pengguna di Malaysia yang memilikinya.

    Kalau ok.. baru saya nak beli..hahahaha

    Reply
  4. Noname says

    January 28, 2019 at 11:43 AM

    Mohon pandangan tuan....adakah normal stereng menjadi berat selepas suspension depan dan insulator ditukar ?

    2. Alternatif atau saranan pada pihak SC untuk selesaikan isu bunyi tikus yg mungkin dari HUD, panel meter,
    corong a/cond & door trim penumpang kiri depan.
    3. Penyelesaian Dashboard bergegar.

    terima kasih.

    Reply
    • ABG GYL says

      January 28, 2019 at 1:29 PM

      Untuk isu gegar atau bunyi tikus, pihak SC sudah ada SOP cara penyelesaian

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev