• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Bagaimanakah Cara Alihkan Pelumba F1 Cedera, Tidak Boleh Gerak?

#Videotomotif: Bagaimanakah Cara Alihkan Pelumba F1 Cedera, Tidak Boleh Gerak?

July 30, 2017 By Han Othman 1 Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM keselamatan ialah ciri paling penting dalam pembinaan jentera yang akan berlumba dalam trek. Kereta Formula Satu (F1) misalnya dibina dengan kerangka pemandu dan zon impak yang bukan saja mampu mengelak kerosakan teruk jentera, tetapi melindungi pemandu daripada kecederaan serius.

Tetapi, apa pula perlu dilakukan jika pemandu tidak mampu bergerak keluar daripada kenderaan? Berikut ialah prosedur ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang perlu dipatuhi untuk membawa keluar pelumba dengan selamat.

Video di bawah ini ialah latihan amali dilakukan pasukan Mercedes-AMG Petronas dengan pasukan pemantau FIA bagi merekodkan tempoh masa diambil untuk mengeluarkan pemandu yang kehilangan upaya pergerakan daripada kereta F1.

BACA >>> Inikah Rupa Kereta F1 Ferrari dengan Pelindung Halo?

TANPA SENTUHAN FIZIKAL

Menggunakan jentera milik Lewis Hamilton, W08 dan seorang krew pit, Marcus, pasukan petugas tampil menunjukkan bagaimana cara mengalihkan mangsa dan seberapa selamat serta cekap proses tersebut dilakukan.

Memang cekap dan berkesan kaedah ditunjukkan untuk membawa keluar si pemandu yang cedera. Tanpa perlu melakukan sentuhan fizikal, krew sebaliknya terus menarik keluar pemandu berserta kerusi kereta dan diasingkan di luar jentera sebelum dipindahkan ke ambulan. Jadi tidak banyak pergerakan berlaku, sekali gus meminimumkan tambahan kecederaan.

Keseluruhan proses pemindahan mengambil masa 4 minit 19 saat untuk diselesaikan. Mari lihat video di bawah untuk lebih jelas:

BACA >>> Selamat Tinggal F1 Malaysia, Menteri Kata Tak Untung...

SUMBER: YouTube

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, cara alih pemandu F1 cedera, F1, Formula 1, Formula Satu (F1), Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev