• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aveta, Peugeot Motocycle Umum Kerjasama Strategik, Masuk Pasaran Malaysia 2026

Aveta, Peugeot Motocycle Umum Kerjasama Strategik, Masuk Pasaran Malaysia 2026

December 3, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Aveta menjalin kerjasama dengan Peugeot Motorcyles

PENGELUAR motosikal, Aveta International Sdn Bhd mengesahkan kerjasama dengan pengeluar motosikal dari Perancis, Peugeot Motocycle yang bakal membuka laluan kepada kemasukan rasmi Peugeot Motocycle ke Malaysia, sekali gus menjadi langkah penting meningkatkan penawaran motosikal premium di negara ini.

Menurut Aveta, pelancaran rasmi Peugeot Motocycle untuk pasaran Malaysia disasarkan seawal suku pertama 2026, dengan persiapan awal sudah pun bermula bagi membawa pengalaman mobiliti premium kepada penunggang tempatan.

Tumpu Inovasi, Pengalaman Premium

Peugeot bakal masuk Malaysia pada 2026

Kerjasama dua pengeluar itut turut menumpukan kepada pembangunan jangka panjang, inovasi dan peningkatan pengalaman pelanggan. Ini mengukuhkan kehadiran Peugeot Motocycle di Malaysia dalam tahun mendatang.

Pengarah Peugeot Motocycle Asia Pasifik, Judah Immanuel Sangaran menyatakan kepentingan pasaran Asia dalam strategi peluasan global jenama itu.

Asia ialah wilayah utama untuk pertumbuhan jangka panjang kami, dan Malaysia ialah pasaran penting dalam perjalanan itu.

Aveta International memenuhi kriteria tersebut dengan pasukan komited dan kekuatan pemasaran kukuh. Kami yakin pengguna Malaysia akan menikmati pengalaman Peugeot Motocycle yang premium dan selari standard global," katanya.

Aveta Mahu Tingkat Mobiliti Bandar

Peugeot bakal masuk Malaysia pada 2026

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta International, Steven Lim berkata, kemasukan Peugeot Motocycle akan mengukuhkan lagi portfolio Aveta dan meningkatkan taraf mobiliti bandar negara.

Beliau berkata, Aveta komited membawa sentuhan rekabentuk dan kejuruteraan Perancis kepada penunggang Malaysia, termasuk membuka kedai perdana Peugeot Motocycle di beberapa lokasi strategik.

Peugeot Motocycle: 125 Tahun Kepakaran, Rekabentuk Perancis

Peugeot bakal masuk Malaysia pada 2026

Ditubuhkan pada 1898, Peugeot Motocycle terkenal dengan inovasi, kejuruteraan maju dan rekabentuk ikonik identiti Perancis. Jenama itu memainkan peranan besar dalam dunia mobiliti bandar dengan barisan model yang menggabungkan praktikaliti, gaya dan falsafah Allure, iaitu gabungan elegan, emosi, dan mobiliti berfokus manusia.

Portfolio Aveta di Malaysia Semakin Kukuh

Aveta kini menawarkan barisan produk membabitkan pelbagai segmen seperti Vanguard 250, siri skuter Nova, Ranger Cub-Cross, minibike Marvel 150, dan model sporty seperti VZR 250 dan supermoped SVR 180.

Terdahulu Aveta sudah sedia melancarkan beberapa model di atas atas nama Aveta untuk pasaran Malaysia. Ini bermakna, dengan kerjasama baharu itu, penunggang Malaysia boleh menantikan kemunculan barisan motosikal premium Eropah yang bakal tiba secara rasmi bermula 2026.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Aveta International Sdn Bhd, Aveta Motor Malaysia, Peugeot Motorcycles, Peugeout Motorcycles Masuk Malaysia 2026, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my