• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Diraikan, Turut Dapat Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma!

Pemilik Pertama Honda Jazz Hybrid Diraikan, Turut Dapat Kit Mugen dan Tiket F1 Percuma!

July 30, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

FacebookTwitter


HONDA Malaysia menyerahkan Jazz Sport Hybrid i-DCD kepada pembeli pertama model hibrid segmen-B itu, Aneesa Abdul Rashid dalam majlis khas yang berlangsung pada 26 Julai lalu di Honda Global Amity dekat Bangi.

Sebagai penghargaan, Aneesa turut dihadiahkan kit badan penuh Mugen dan tiket menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) edisi terakhir pada Oktober ini, di mana kedua-dua hadiah berkenaan bernilai RM6,350. Majlis khas itu begitu bermakna memandangkan Malaysia ialah negara pertama di luar pasaran Jepun yang menawarkan teknologi pintar sistem klac dual hibrid untuk Jazz Hybrid baharu.

JUALAN MEMBERANGSANGKAN

Di Jepun, sambutan pembeli terhadap kenderaan hibrid yang dilengkapi sistem i-DCD sangat memberangsangkan. Jualan setakat Jun lalu menunjukkan sudah hampir 865,000 unit tersebut terjual. Sementara itu, jualan kenderaan hibrid di Negara Matahari Terbit itu setakat ini sudah hampir 1.42 juta unit sejak teknologi tersebut diperkenalkan pada 1999.

Honda Jazz Hybrid sudah dijual melebihi 525,000 unit di peringkat antarabangsa. Di pasaran tempatan pula, Honda ialah syarikat pertama memasang kenderaan hibrid. Malaysia pula ialah negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat yang mengeluarkan model hibrid secara pemasangan tempatan (CKD) pada 2012. Sejak itu, Honda Malaysia sudah sedia menjual lebih 26,800 unit kenderaan di Malaysia.

Honda Jazz facelift dilancarkan pada awal Jun lalu dan dalam masa dua minggu sudah lebih 1,300 unit terjual. Jazz generasi ketiga kini menjadi pendahulu segmen dan model paling popular dengan rekod jualan lebih 48,000 unit sejak dilancarkan pada 2014.

Unit Pertama Honda Jazz Hybrid 2017.01
Unit Pertama Honda Jazz Hybrid 2017.02
Unit Pertama Honda Jazz Hybrid 2017.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Jazz, Honda Jazz Hybrid, Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev