• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prinx Chengshan Labur RM2.6b Bina Kilang Tayar di Kedah Rubber City

Prinx Chengshan Labur RM2.6b Bina Kilang Tayar di Kedah Rubber City

November 19, 2025 By Han Othman Leave a Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

INDUSTRI automotif negara bakal menerima suntikan besar selepas subsidiari Prinx Chengshan Holdings Limited dari China, Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) mengumumkan pelaburan mega bernilai RM2.6 bilion untuk membina kilang tayar baharu di Kedah Rubber City (KRC).

Pelaburan sepanjang 15 tahun itu juga menjadikan PTM sebagai pelabur teras (anchor investor) pertama di kawasan perindustrian tersebut.

Kemudahan pembuatan pintar dan mesra alam seluas 102.63 ekar itu disokong Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang melibatkan pelaburan RM1.2 bilion untuk Fasa 1, manakala Fasa 2 menyusul dengan nilai RM1.4 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kilang itu dijangka mengeluarkan eksport pertama dalam tempoh setahun, iaitu perkembangan pesat yang akan mewujudkan 1,056 peluang pekerjaan bernilai tinggi merangkumi kejuruteraan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta pengurusan.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

Beberapa vendor di bawah Prinx Chengshan juga sudah memberi komitmen awal untuk turut melabur di KRC. Ini pencapaian membanggakan dan mengukuhkan peranan KRC sebagai hab pelaburan strategik," katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah.

Hadir sama ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Korodor Utara (NCIA), Datuk Mohamad Haris Kader Sultan.

KRC Bakal Jadi Hab Industri Getah Bernilai Tinggi Asean

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

KRC ialah projek strategik nasional yang dibangunkan NCIA bagi menjadikan Malaysia hab global dalam pembuatan produk berasaskan getah bernilai tinggi. Pelaburan PTM dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak syarikat antarabangsa dalam industri sama untuk melabur di kawasan tersebut.

Dr Haim Hilman (foto atas kiri) memaklumkan, Kerajaan Negeri menyasarkan hingga 80 peratus tenaga kerja tempatan, sekali gus memaksimumkan manfaat ekonomi kepada penduduk Kedah dan memperkukuh proses pemindahan teknologi.

Kita mahu rakyat Kedah bukan sekadar bekerja dalam industri ini, tetapi turut menguasai teknologi getah pada masa depan," katanya.

Bekalan Getah Perlu Dipertingkat Bagi Tampung Permintaan

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

Walaupun kilang baharu akan beroperasi menggunakan getah import pada peringkat awal, Kerajaan Negeri berharap komuniti pekebun kecil dan syarikat perladangan tempatan dapat dipergiat untuk memenuhi keperluan jangka panjang.

Permintaan berada di depan mata. Jika tidak dimanfaatkan, itu satu kerugian," tegas Dr Haim, sambil menyatakan keperluan kerjasama berterusan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menjadikan Malaysia pembekal lateks utama kepada PTM.

Sementara itu, Mohamad Haris (foto atas) menegaskan kehadiran PTM membuktikan kekuatan strategi pembangunan KRC.

Pelaburan ini bakal mencetuskan gelombang baharu pelaburan bernilai tinggi dan memperkukuh kedudukan KRC sebagai hab industri tayar dan getah terkemuka di Asean," katanya.

SUMBER: NST | FB NCERMalaysia

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, industri tayar Malaysia, Kedah Rubber City, kilang tayar Kedah, NCER, pekerjaan bernilai tinggi Kedah., pelaburan automotif Malaysia, pelaburan RM2.6 bilion, Prinx Chengshan Malaysia, PTM Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my