Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Prinx Chengshan Labur RM2.6b Bina Kilang Tayar di Kedah Rubber City
Auto Terkini

Prinx Chengshan Labur RM2.6b Bina Kilang Tayar di Kedah Rubber City

Han OthmanBy Han Othman19/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

INDUSTRI automotif negara bakal menerima suntikan besar selepas subsidiari Prinx Chengshan Holdings Limited dari China, Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) mengumumkan pelaburan mega bernilai RM2.6 bilion untuk membina kilang tayar baharu di Kedah Rubber City (KRC).

Pelaburan sepanjang 15 tahun itu juga menjadikan PTM sebagai pelabur teras (anchor investor) pertama di kawasan perindustrian tersebut.

Kemudahan pembuatan pintar dan mesra alam seluas 102.63 ekar itu disokong Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang melibatkan pelaburan RM1.2 bilion untuk Fasa 1, manakala Fasa 2 menyusul dengan nilai RM1.4 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kilang itu dijangka mengeluarkan eksport pertama dalam tempoh setahun, iaitu perkembangan pesat yang akan mewujudkan 1,056 peluang pekerjaan bernilai tinggi merangkumi kejuruteraan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta pengurusan.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

Beberapa vendor di bawah Prinx Chengshan juga sudah memberi komitmen awal untuk turut melabur di KRC. Ini pencapaian membanggakan dan mengukuhkan peranan KRC sebagai hab pelaburan strategik,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah.

Hadir sama ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Korodor Utara (NCIA), Datuk Mohamad Haris Kader Sultan.

KRC Bakal Jadi Hab Industri Getah Bernilai Tinggi Asean

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

KRC ialah projek strategik nasional yang dibangunkan NCIA bagi menjadikan Malaysia hab global dalam pembuatan produk berasaskan getah bernilai tinggi. Pelaburan PTM dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak syarikat antarabangsa dalam industri sama untuk melabur di kawasan tersebut.

Dr Haim Hilman (foto atas kiri) memaklumkan, Kerajaan Negeri menyasarkan hingga 80 peratus tenaga kerja tempatan, sekali gus memaksimumkan manfaat ekonomi kepada penduduk Kedah dan memperkukuh proses pemindahan teknologi.

Kita mahu rakyat Kedah bukan sekadar bekerja dalam industri ini, tetapi turut menguasai teknologi getah pada masa depan,” katanya.

Bekalan Getah Perlu Dipertingkat Bagi Tampung Permintaan

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Baharu Prinx Chengsan di Kedah Rubber City (KRC)

Walaupun kilang baharu akan beroperasi menggunakan getah import pada peringkat awal, Kerajaan Negeri berharap komuniti pekebun kecil dan syarikat perladangan tempatan dapat dipergiat untuk memenuhi keperluan jangka panjang.

Permintaan berada di depan mata. Jika tidak dimanfaatkan, itu satu kerugian,” tegas Dr Haim, sambil menyatakan keperluan kerjasama berterusan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menjadikan Malaysia pembekal lateks utama kepada PTM.

Sementara itu, Mohamad Haris (foto atas) menegaskan kehadiran PTM membuktikan kekuatan strategi pembangunan KRC.

Pelaburan ini bakal mencetuskan gelombang baharu pelaburan bernilai tinggi dan memperkukuh kedudukan KRC sebagai hab industri tayar dan getah terkemuka di Asean,” katanya.

SUMBER: NST | FB NCERMalaysia

Auto Terkini industri tayar Malaysia Kedah Rubber City kilang tayar Kedah NCER pekerjaan bernilai tinggi Kedah. pelaburan automotif Malaysia pelaburan RM2.6 bilion Prinx Chengshan Malaysia PTM Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 โ€“ Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.