• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 26 Lebuh Raya Sudah Guna Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT)

26 Lebuh Raya Sudah Guna Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT)

November 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

26 lebuh raya Malaysia guna sistem tol pembayaran terbuka (SPT)

SEBANYAK 26 lebuh raya seluruh negara kini melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT), yang membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad bank atau kad prabayar, selain kaedah sedia ada.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan yang turut mendedahkan Kerajaan menerima cadangan baharu PLUS Malaysia Berhad untuk meluaskan SPT ke lebuh raya sistem tol tertutup.

PLUS Cadang Guna ANPR + JUSTGO untuk Pembayaran Automatik

PLUS turut mengusulkan penggunaan teknologi pengecaman plat nombor automatik (ANPR) yang dipautkan kepada aplikasi JustGo, bagi membolehkan bayaran tol dibuat secara automatik, digital, dan tanpa sentuhan.

Cadangan SPT menggunakan ANPR membolehkan nombor plat kenderaan dikenal pasti secara automatik, dan bayaran tol dibuat secara digital melalui aplikasi. Ini selaras hala tuju transformasi digital," kata Ahmad.

Cadangan itu bakal mengubah cara pembayaran di lebuh raya tertutup, yang mana tol dikira berdasarkan jarak perjalanan.

KKR, LLM Tetapkan Parameter Sebelum Ujian Rintis

Sebelum ujian rintis SPT-ANPR dijalankan kepada pengguna awam, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah menetapkan beberapa syarat penilaian penting seperti:

  • Ketepatan dan keupayaan tinggi sistem ANPR
  • Kelajuan transaksi yang stabil
  • Keselamatan data pengguna
  • Ketelusan aplikasi JustGo

Penilaian awal itu penting bagi memastikan sistem baharu benar-benar bersedia untuk operasi skala besar.

MLFF Masih Inisiatif Utama Kerajaan

Pada masa sama, Ahmad menegaskan pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) kekal sebagai agenda utama Kerajaan.

MLFF ditunjangi konsep pemanduan tanpa palang, yang mampu:

  • Mengurangkan kesesakan di plaza tol
  • Menghapuskan titik sempit (bottleneck)
  • Mengurangkan keperluan menambah lorong tol baharu

MLFF juga dijangka menjadi asas kepada sistem pembayaran tol generasi baharu yang lebih lancar dan efisien.

SUMBER: BeritaRTM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Automatic Number Plate Recognition (ANPR), Kementerian Kerja Raya (KKR), kkr, Lebuh Raya Malaysia, LLM, Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR), Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my