• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!

Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!

November 15, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Mitsubishi Destinator 2026

MITSUBISHI Motors Corporation mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana serba baharu Mitsubishi Destinator 2026 meraih rating keselamatan 5-bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk negara Asia Tenggara (Asean NCAP) 2025.

Mitsubishi Destinator 2026 menjalani penilaian di bawah protokol 2021-2025 semasa dengan mencatatkan skor keseluruhan 77.27 mata yang melayakkan model itu menerima anugerah 5 bintang.

Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026

Ringkasan Keputusan Ujian Keselamatan

Mitsubishi Destinator 2026
Ujian Asean NCAP 2025 - Mitsubishi Destinator 2026

Mitsubishi Destinator 2026 menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua kategori utama Asean NCAP:

  • Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP): 34.69 mata
  • Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (COP): 16.54 mata
  • Bantuan Keselamatan (SA): 15.02 mata
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 11.02 mata

Ujian menunjukkan struktur badan yang direka untuk menyerap tenaga impak dengan berkesan, meminimumkan risiko perubahan bentuk kabin ketika perlanggaran.

Ciri Utama Keselamatan, Bantuan

Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026

Mitsubishi Destinator 2026 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan pasif dan aktif. Model yang dinilai oleh NCAP dilengkapi dengan empat beg udara dan ciri keselamatan asas berikut tersedia sebagai standard merentasi semua varian:

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Pengingat Tali Keledar (SBR) untuk semua penumpang
  • Perlindungan Pejalan Kaki (PP)
  • ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak

Mitsubishi Destinator 2026 turut menawarkan pakej bantuan pemandu Mitsubishi Motors Safety Sensing (MMSS) komprehensif yang merangkumi:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) bandar dan antara bandar
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), dan pelbagai sistem pemantauan lain

Enjin, Mod Pandu Ringkas

SUV 7-kerusi itu dijana enjin MIVEC 1.5L  turbo dengan transmisi automatik CVT yang menghasilkan output kuasa 161hp dan tork 250Nm untuk keseimbangan antara pecutan responsif dan kecekapan bahan api.

Model itu turut dilengkapi Kawalan Oleng Aktif (AYC) dan lima mod pandu boleh pilih: Normal, Tarmac, Wet, Gravel dan Mud bagi mengoptimum prestasi mengikut kondisi permukaan jalan.

Pelancaran Pasaran

Mitsubishi Destinator 2026

Mitsubishi Destinator 2026 mula dijual di Indonesia pada Julai 2025 dan dijadualkan dilancarkan di Filipina pada 20 November, disusuli Vietnam menjelang akhir 2025.

Pelancaran pasaran global akan diperluas ke kira-kira 70 negara selepas itu. Tidak dapat dipastikan sekiranya pasaran Malaysia juga tersenarai. Sebagai rujukan Mitsubishi Xforce yang diperkenal pada 2023 masih belum kunjung tiba.

Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026
Mitsubishi Destinator 2026

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ASEAN NCAP, Asean NCAP 2025, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Destinator, Roda4, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my