• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD, Denza dan Sime Motors Lancar Jelajah Teknologi EV Pertama di Malaysia!

BYD, Denza dan Sime Motors Lancar Jelajah Teknologi EV Pertama di Malaysia!

November 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

BYD Malaysia, bersama jenama mewah elektrik pintar DENZA dan pengedar rasmi BYD Sime Motors, melancarkan BYD Tech Discovery, jelajah teknologi elektrik pertama di Malaysia yang bakal membuka tirai di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity bermula 14 hingga 16 November 2025.

Bertemakan “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, acara tiga hari ini bukan sekadar pameran produk - tetapi satu platform imersif bagi rakyat Malaysia merasai sendiri teknologi mobiliti masa depan yang lebih pintar dan lestari.

Tawar Pengalaman Imersif Dunia EV

BYD Tech Discovery menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pandu uji model BYD dan DENZA terkini, demonstrasi sistem pintar generasi baharu, serta sesi dialog interaktif bersama pakar teknologi elektrik.

Antara tarikan utama adalah:

  • Zon Pandu Uji dan Pandu Percubaan - peserta boleh mencuba teknologi pemanduan BYD melalui cabaran Camel Bridge, Cross-Axle, Ujian Pecutan dan Bonggol, serta aksi Pusingan 360° dan Crabwalk bersama DENZA Z9GT.
  • Sudut Dialog EV - penerangan mendalam tentang Blade Battery, sistem pengecasan pintar dan keselamatan EV.
  • Promosi dan Tawaran Istimewa - penjimatan antara RM8,000 hingga RM20,000, rebat RM15,000 atau pembiayaan tanpa faedah (0%) untuk model DENZA D9, serta peluang memenangi cabutan bertuah bernilai hingga RM38,888 (tertakluk pada terma dan syarat).
  • Zon Gaya Hidup - ruang santai lengkap dengan kopi percuma, sudut permainan kanak-kanak dan barangan eksklusif BYD.

Teknologi, Inovasi dan Masa Depan Mobiliti

Menurut  Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, acara ini mencerminkan komitmen BYD untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai potensi mobiliti elektrik serta memperkenalkan teknologi seperti Blade Battery, e-Platform 3.0 dan DiSus Intelligent Body Control System.

BYD Tech Discovery adalah peluang untuk rakyat Malaysia melihat dan merasai semangat inovasi kami dalam mencipta masa depan mobiliti lebih bersih dan pintar. Ia bukan sekadar pameran, tetapi sebahagian daripada perjalanan kami mengurangkan suhu bumi sebanyak 1 darjah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan berkata, acara ini bertepatan dengan ulang tahun ke-45 Sime Motors serta hampir tiga tahun pelancaran BYD di Malaysia.

Kami berbangga dapat membawa acara berskala besar ini bersama BYD, salah satu jenama yang berkembang paling pantas dalam portfolio kami,” ujarnya.

BYD dan DENZA Kukuhkan Kehadiran di Malaysia

Setakat ini, BYD memiliki lebih 40 cawangan jualan dan servis di seluruh negara, disokong oleh BYD Academy dan 12 pusat badan dan cat bertauliah.

Dengan lebih 24,000 pemilik BYD dan DENZA, Sime Motors menyasarkan untuk mencapai 50 cawangan BYD menjelang akhir 2026, selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani ke arah mobiliti bersih dan lestari.

Datang dan Alami Sendiri Teknologi EV BYD

Acara BYD Tech Discovery akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 8 malam, pada 14 hingga 16 November 2025, di Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, layari byd.simemotors.my. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada BYD Sime Motors di talian 1300-38-1888.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BYD Malaysia, BYD Sime Motors, BYD Tech Discovery, Kenderaan Elektrik (EV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my