• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Edisi 'Lada' di Brazil, Model Biasa Imej GTI

Volkswagen Edisi 'Lada' di Brazil, Model Biasa Imej GTI

July 26, 2017 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN Eropah dan Amerika, Volkswagen (VW) turut menawarkan semua barisan model jenama itu untuk pasaran Brazil sebagai antara negara yang memiliki kelompok pembeli VW terbesar. Justeru tidak hairan VW begitu agresif menawarkan pelbagai model dan varian baharu di negara Amerika Latin tersebut. Salah satunya ialah memperkenalkan versi 'Pepper' untuk model-model sedia ada di pasaran.

Menyusuli apa dilakukan pada VW Fox Pepper (hatchback), VW juga melakukan perkara sama pada dua model Up!, iaitu Pepper (hatchback kompak) dan Saveiro Pepper (trak pikap) dengan mengemaskini penampilan visual yang dilihat seakan GTI, termasuk melengkapkan beberapa ciri tambahan.

KETENGAHKAN ELEMEN GTI

VW Up! Pepper tampil dengan ciri bumbung hitam berkilat, skirt sisi, spoiler dan rim aloi 15-inci kemasan berlian gelap, serta gril krom trim merah. Kereta bandar edisi khas itu ditawarkan dalam opsyen warna putih, perak, merah atau hitam dengan cermin sisi merah (atau hitam untuk versi merah). Model tersebut turut disertakan lencana khas dan kemasan dalaman sporty dengan trim hitam,serta roda stereng balutan kulit, termasuk aksen merah pada tombol gear dan ventilator penyaman udara.

Model trak pikap, VW Up! Saveiro Pepper pula turut diberikan kemasan sama menerusi penampilan gerbang roda hitam untuk menyerlah profil lasak dan beberapa trim lain yang diilhamkan model VW Cross. Sementara itu, VW Fox Pepper juga mengetengahkan penambahbaikan sama pada kemasan dalaman dan luaran yang tidak banyak berbeza dengan dua model Up! di atas.

VW Up! Pepper didatangkan dengan enjin 1.0L TSI berkuasa 105hp dan transmisi manual 5-kelajuan, manakala VW Up! Saveiro Pepper pula tampil dalam bentuk double-cab dengan enjin 1.6L, juga dipadankan kotak gear manual 5-kelajuan. Begitu juga model VW Fox Pepper yang tampil lebih berkuasa dengan output 120hp daripada enjin 1.6L yang ditawarkan dalam opsyen transmisi automatik atau manual 6-kelajuan.

GALERI

Volkswagen Fox Pepper
Volkswagen Fox Pepper
volkswagen-fox-pepper-2017-2
volkswagen-fox-pepper-2017-3
Volkswagen Up! Saveiro Pepper
Volkswagen Up! Saveiro Pepper
volkswagen-saveiro-pepper-2017-2
volkswagen-saveiro-pepper-2017-3
Volkswagen Up Pepper
Volkswagen Up Pepper
volkswagen-up-pepper-2017-2
volkswagen-up-pepper-2017-3

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Brazil, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Brazil, Volkswagen Fox Pepper, Volkswagen Saveiro Pepper, Volkswagen Up!, Volkswagen Up! Pepper

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev