• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Diesel Susut Lebih 300 Juta Liter, Bukti Ketirisan Sudah Semakin Menurun

Jualan Diesel Susut Lebih 300 Juta Liter, Bukti Ketirisan Sudah Semakin Menurun

November 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PELAKSANAAN  penyasaran semula subsidi diesel nyata memberi kesan signifikan apabila jualan bulanan bahan api itu menurun lebih 300 juta liter, sekali gus membuktikan usaha kerajaan mengurangkan ketirisan semakin berjaya.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah jualan diesel merosot 770 juta liter kepada 465 juta liter sebulan selepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun tahun lalu.

Jualan Diesel Komersial Pula Naik

Menurutnya, data itu berdasarkan perbandingan jualan diesel lima bulan sebelum dan selepas pelaksanaan dasar tersebut.

Penurunan ini menunjukkan berkurangnya ketirisan subsidi diesel, termasuk kegiatan penyeludupan yang mungkin sudah menurun."

Beliau turut menjelaskan pada masa sama, jualan diesel komersial meningkat selepas subsidi disemak semula.

Kerajaan Jimat RM5 Bilion Setahun

Ini bermakna sebelum ini, ada pihak yang membeli diesel bersubsidi di stesen minyak, tetapi digunakan untuk tujuan komersial seperti mesin dan generator di tapak pembinaan atau kilang," katanya.

Menjawab soalan asal Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen (PH), Hui Ying berkata, Kerajaan kini menjimatkan lebih RM400 juta sebulan, atau sekitar RM5 bilion setahun, hasil rasionalisasi subsidi diesel itu.

Menurutnya lagi, penjimatan tersebut membolehkan Kerajaan menyalurkan dana kepada projek pembangunan dan memperkukuh jaringan sosial rakyat menerusi bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Subsidi Bersasar Bukti Keberkesanan Dasar Ekonomi MADANI

Di bawah kerangka Ekonomi MADANI, pelaksanaan subsidi bersasar ini terbukti berkesan, bukan saja mengurangkan ketirisan, malah membantu Kerajaan mengoptimum perbelanjaan fiskal dan memastikan golongan layak terus menerima manfaat," katanya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dewan Rakyat, kerajaan madani, Penyasaran Subsidi Diesel, YB Lim Hui Ying

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my