• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOF Nafi Dakwaan Petronas 'Kebas' 95 Peratus Hasil Minyak Sabah, Sarawak

MOF Nafi Dakwaan Petronas 'Kebas' 95 Peratus Hasil Minyak Sabah, Sarawak

November 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Petronas

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menafikan dakwaan konon Petroleum Nasional Berhad (Petronas) mengambil hingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, angka tersebut tidak benar, dan keuntungan sebenar Petronas selepas ditolak semua kos hanya sekitar 10 peratus atau kurang.

Menurutnya, Petronas perlu menanggung pelbagai kos seperti operasi, penerokaan, pengeluaran minyak dan cukai jualan, sebelum sebarang keuntungan dapat dikira.

Selepas mengambil kira semua bayaran termasuk 10 peratus kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri, kira-kira 80 peratus hasil digunakan untuk menampung kos pengeluaran."

Amir Hamzah berkata lagi, industri petroleum di Malaysia dibangunkan melalui sistem kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) antara Petronas dan pelabur.

Kerajaan Negeri Terima Bayaran Tetap 5 Peratus

Berdasarkan kontrak itu, Petronas diwajibkan membayar 5 peratus kepada Kerajaan Persekutuan dan 5 peratus kepada Kerajaan Negeri berdasarkan jumlah pengeluaran kasar.

Selepas itu, baki lebih kurang 10 peratus akan dikongsi antara Petronas dan pelabur selepas cukai.

"Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengenakan cukai jualan 5 peratus ke atas produk petroleum," jelasnya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Penjelasan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (PH) yang mendakwa Sabah dan Sarawak hanya menerima 5 peratus royalti sepanjang 50 tahun terakhir, manakala Petronas mengambil selebihnya.

Namun MoF menegaskan, dakwaan Petronas ‘mengaut’ 95 peratus hasil minyak Borneo adalah tidak berasas dan mengelirukan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Petroleum Nasional Bhd (Petronas), Petronas, Sabah, Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my