• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PETROS Umum Kerjasama Jepun, Australia!

PETROS Umum Kerjasama Jepun, Australia!

November 12, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Perjanjian PETROS dengan Jepun, Australia

PETROLEUM Sarawak Bhd (PETROS) mengumumkan memeterai tiga perjanjian tenaga strategik dengan beberapa rakan kongsi antarabangsa bagi memperkukuh usaha eksplorasi minyak dan gas, serta mempercepat pelaksanaan inisiatif pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Sarawak.

Tiga perjanjian tersebut dimeterai bersama Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC), SC Tubular Solutions Malaysia Sdn Bhd (SCTSM), Superconducting Sensor Technology Corporation (SUSTEC) dan Woodside Energy.

Logo JOGMEC
Logo Woodside Energy

Langkah Strategik ke Arah Masa Depan Tenaga Mampan

Pengerusi PETROS, Tan Sri Hamid Bugo berkata, kerjasama itu menandakan satu lagi kemajuan penting industri tenaga Sarawak dalam mencapai matlamat pembangunan tenaga yang mampan, inovatif dan inklusif.

Melalui kerjasama ini, kami memperkukuh perkongsian dan inovasi untuk membuka peluang baharu dalam eksplorasi dan pembangunan rendah karbon. Ia mencorakkan ekosistem tenaga yang terjamin, saksama dan inklusif bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang Sarawak."

Eksplorasi Darat Pertama Sarawak Bersama JOGMEC

Di bawah Perjanjian Kajian Bersama (JSA), PETROS dan JOGMEC akan menjalankan projek eksplorasi di darat pertama Sarawak, melibatkan wilayah Mukah-Balingian.

Usaha itu bertujuan meningkatkan pengetahuan cari gali bawah permukaan dan menyokong pembangunan jangka panjang minyak dan gas darat secara bertanggungjawab.

Kerjasama tersebut juga bakal memperkasa bakat tempatan melalui pemindahan teknologi dan inovasi tenaga antara kedua-dua pihak.

Teknologi Canggih SQUID-TEM Digunakan di Miri

Teknologi SQUID-TEM - SUSTEM
Teknologi SQUID-TEM - SUSTEM

Sementara itu, kerjasama PETROS dengan SCTSM dan SUSTEC akan melibatkan Kajian Bukti Konsep menggunakan teknologi Peranti Gangguan Kuantum Superkonduktor - Kaedah Elektromagnet Sementara (SQUID-TEM).

Teknologi itu akan digunakan bagi mengesan isyarat minyak dan gas di medan minyak Adong Kechil West, berhampiran Miri.

Ini adalah penggunaan pertama teknologi SQUID-TEM di Sarawak, yang berpotensi meningkatkan ketepatan eksplorasi dan mengurangkan ketidakpastian dalam cari gali tenaga.

PETROS, Woodside Bangunkan Inisiatif CCUS di Central Luconia

Pada masa sama, PETROS turut menandatangani Perjanjian Kajian Penyimpanan (SSA) dengan Woodside Energy di bawah Pusingan Bidaan Sarawak 2024 bagi menilai kebolehlaksanaan penyimpanan karbon bawah tanah di Tapak 3A, Central Luconia luar pesisir Sarawak.

Langkah itu sejajar usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pelepasan karbon, memperkukuh strategi tenaga hijau, dan membina ekonomi tenaga rendah karbon.

Perkukuh Peranan Sarawak Sebagai Hab Tenaga Serantau

PETROS menyatakan kerjasama strategik berkenaan akan memacu inovasi eksplorasi, mengukuhkan keupayaan tenaga Negeri, dan mewujudkan peluang baharu kepada bakat serta industri tempatan.

Inisiatif tersebut turut menyokong visi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga lestari serantau, selaras komitmen terhadap pembangunan ekonomi hijau dan transformasi tenaga masa depan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC), Petroleum Sarawak Bhd (Petros), PETROS, SC Tubular Solutions Malaysia Sdn Bhd (SCTSM), Superconducting Sensor Technology Corporation (SUSTEC), Woodside Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my