• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX Jadi 'Duta Jualan' EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan

PMX Jadi 'Duta Jualan' EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan

November 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX jadi duta jualan EV Perodua di G20

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa nama industri automotif negara ke peringkat global apabila mengumumkan akan mempromosi model kenderaan elektrik (EV) Perodua ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan, minggu depan.

Dalam ucapan ketika program lawatan dan sesi ramah mesra bersama warga kerja Perodua di Rawang hari ini, Anwar menyifatkan diri sebagai 'pegawai pemasaran utama Perodua', sambil menegaskan keyakinan terhadap potensi EV tempatan di pasaran antarabangsa.

Saya akan jadi pegawai pemasaran Perodua yang utama, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan."

Promosi EV Malaysia ke Pasaran Antarabangsa

Selain Afrika Selatan, lawatan kerja Perdana Menteri turut merangkumi kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Kenya dengan misi memperkukuh hubungan dua hala dan membuka peluang perdagangan baharu bagi produk buatan Malaysia, termasuk EV nasional.

Anwar berkata, pasaran tempatan tetap menjadi keutamaan bagi model EV Perodua, tetapi pada masa sama Kerajaan mahu membuka laluan eksport ke luar negara sebagai sebahagian strategi memperkukuh ekonomi hijau dan industri mobiliti elektrik negara.

Pasaran tempatan akan menjadi keutamaan EV ini, tetapi pada masa sama kita mahu tembusi pasaran luar negara."

Brazil Tawar Akses Mudah untuk EV Perodua

Anwar turut mendedahkan, Brazil bersedia memberikan akses pasaran lebih mudah kepada produk keluaran Malaysia, termasuk EV.

Perkara itu disampaikan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva ketika pertemuan bersama Anwar di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, baru-baru ini.

Menurutnya, langkah itu sejajar usaha Kerajaan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab automotif serantau, sekali gus menyokong sasaran peralihan negara ke arah penggunaan EV menjelang 2050.

Langkah promosi EV Perodua di pentas antarabangsa tersebut bukan sekadar simbol kebanggaan nasional, tetapi bukti kesungguhan Malaysia untuk menempatkan jenama tempatan dalam peta industri automotif global, dari Rawang ke dunia.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Perodua, PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Sidang Kemuncak G20

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my