• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Hypermotard V2, V2 SP 2026 Tampil dengan Rekabentuk Segar, Lebih Ringan dan Tangkas!

Ducati Hypermotard V2, V2 SP 2026 Tampil dengan Rekabentuk Segar, Lebih Ringan dan Tangkas!

November 11, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Ducati Hypermotard V2 2026

DUCATI memperkenalkan Hypermotard V2 2026 dan Hypermotard V2 SP 2026 serba baharu, yang direka semula secara menyeluruh.

Model terbaharu itu membawa legasi model ikonik ke masa depan dengan asas teknikal baharu dan rekabentuk segar serta masih mengekalkan identiti asal.

Rekabentuk Futuristik

Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026

Ducati Hypermotard V2 2026 dibangunkan dengan matlamat jelas, iaitu menjadi supermotard terbaik pernah dihasilkan.

Model tersebut mengambil ilham prototaip asal yang diperkenalkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2005, yang memenangi anugerah Best of Show pada penampilan sulung.

Model baharu itu mentafsir semula ciri rekabentuk asal dengan sentuhan kontemporari dan radikal. Ciri gaya utama merujuk kepada model 1100 pertama yang membuatkan motosikal itu dikenali sebagai Hypermotard, seperti:

  • Tangki bahan api dwi-sayap (double-wing fuel tank)
  • Bahagian depan ramping (streamlined front end)
  • Sistem ekzos kembar bawah ekor
  • Lampu belakang apung

Hasilnya adalah sebuah motosikal yang moden, kompak dan ringkas, serta menonjolkan imej ringan seperti hendak terbang di jalan raya.

Hypermotard Teringan, Terkuat

Hypermotard V2 dan V2 SP baharu itu ialah model supermotard paling ringan dan paling berkuasa pernah dihasilkan Ducati. Motosikal tersebut berjaya mencapai pengurangan berat ketara berbanding model terdahulu.

Pengurangan berat 13kg untuk model V2, dan 14kg (V2 SP). Model V2s baharu lebih tangkas, responsif dan mengujakan berbanding sebelum ini, hasil pengurangan berat tersebut dan 120hp dari enjin Ducati V2.

Enjin, Kuasa

Supermotard tersebut dikuasakan enjin V-Twin 90º baharu bersesaran 890cc. Enjin dwi-silinder itu adalah paling ringan pernah dikeluarkan Ducati, dengan berat hanya 54.4kg, atau penjimatan 6.42kg berbanding enjin Testastretta 11º terdahulu.

Enjin V2 menghasilkan kuasa maksimum 120hp @ 10,750 rpm, dengan peningkatan pecutan lebih jelas berbanding Testastretta 11º bermula 9,500rpm, dan pengehad akan campur tangan pada rev 11,500rpm.

Tork maksimum 94Nm @ 8,250 rpm, dengan lebih 70 peratus tork maksimum sudah tersedia seawal rev 3,000rpm, untuk meledakkan pecutan hebat ketika keluar dari selekoh.

  • Sistem IVT: Sistem pemasa injap ambilan (Intake Valve Timing, IVT) dengan injap masukan berubah-ubah pada injap masukan batang berongga, yang unik dalam segmen. Sistem itu melaraskan masa masukan secara berterusan untuk memastikan hantaran kuasa terbaik tanpa menjejaskan prestasi atau kebolehgunaan
  • Transmisi: Transmisi 6-kelajuan dilengkapi ciri Ducati Quick Shift (DQS) 2.0 generasi kedua, yang menawarkan fiil anjakan gear lebih langsung dan tepat
  • Penyelenggaraan: Jangka masa penyelenggaraan dengan pemeriksaan kelegaan injap adalah setiap 45,000km

Ciri Elektronik, Keselamatan

Hypermotard V2 dilengkapi sistem elektronik terkini berdasarkan platform unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi.

Lampu Brek Ducati (DBL) EVO

Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026

Hypermotard V2 baharu dilengkapi sistem lampu Ducati Brake Light (DBL) EVO untuk meningkatkan keselamatan dalam trafik bandar.

Jika membrek mengejut daripada kelajuan lebih 55kmj , lampu belakang akan berkelip pantas sebagai amaran kepada kenderaan belakang.

Lampu kecemasan diaktifkan apabila berlaku situasi nyah pecut bawah ambang ditetapkan dan lampu brek belakang akan dinyah aktif automatik. Bagaimanapun, DBL tidak berfungsi dalam mod tunggangan Race.

Aksesori Ducati Performance dan Pilihan Ekzos

Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026

Ducati Performance menawarkan pelbagai aksesori untuk Hypermotard V2 baharu, seperti:

  • Komponen Gentian Karbon: Seperti gad lumpur depan dan belakang, serta penutup klac dan alternator
  • Bilet Aluminium: Tersedia untuk penutup tangki bahan api, slider fork, peg kaki dan peg kaki gaya motard

Tawaran aksesori lain turut membabitkan tuil brek dan klac, grip hendal (fungsi pemanas atau biasa), port USB, kawalan jelajah, pelana sport atau selesa dengan pelbagai ketinggian, sistem navigasi selekoh demi selekoh (Turn-by-Turn), Sistem Multimedia Ducati (DMS) dan beg tangki atau pelana pembonceng.

Bagi peningkatan prestasi litar, terdapat ekzos Termignoni (untuk litar sahaja) yang menambah 3.6hp dan mengurangkan berat sebanyak 4kg.

Ada juga damper bunyi kembar yang dihomologasi (tidak sah di jalan raya luar kawasan EU5+) dengan sarung titanium dan penutup karbon yang turut dibangunkan dengan kerjasama Termignoni.

Spesifikasi Teknikal, Ciri Utama

Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026

i. Ducati Hypermotard V2 SP 2026

  • Grafik Khas SP
  • Enjin V-Twin 890cc
  • Output kuasa 120hp @ 10,750rpm, dan tork 94Nm pa@a 8,250rpm
  • Berat kering 177kg
  • Casis monokok khas
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Öhlins NIX30 48mm boleh laras penuh (depan), dan monoshock Öhlins STX46 boleh laras penuh (belakang)
  • Sistem brek cakera dengan kaliper Brembo M50
  • Rim aluminium tempa (forged aluminium) 3.50x17 inci (depan) dan 5.50x17 inci (belakang)
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV Corsa saiz 120/70 (depan) dan 190/55 (belakang)
  • Sistem elektronik generasi terkini dengan Unit Unjuran Inersia 6-paksi (6D IMU)
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan fungsi belokan (empat tahap)
    • Kawalan Traksi Ducati (DTC)
    • Kawalan Wheelie Ducati (DWC)
    • Ducati Quick Shift (DQS) 2.0
    • Kawalan Brek Enjin (EBC)
    • Kawalan luncur Ducati Power Launch dan pengehad pit Ducati Pit Limiter
  • Papan pemuka skrin TFT 5 inci baharu dengan nisbah aspek 16:9 dan kayu ria (joystick) baharu
  • Mod tunggang Race, Sport, Road, dan Wet
  • Lampu depan LED penuh dengan lampu siang (DRL) dan indikator belok dinamik
  • Ciri lain Sistem Multimedia Ducati (DMS) dan navigasi  selekoh demi selekoh (Turn-by-Turn), bateri litium, fender depan gentian karbon

ii. Ducati Hypermotard V2 2026

Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
  • Warna Ducati Red
  • Spesifikasi sama seperti Hypermotard V2 SP, KECUALI:
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Kayaba 46mm boleh laras penuh (depan), dan monoshock Kayaba boleh laras prabeban dan lantunan (belakang)
  • Sistem brek cakera dengan kaliper Brembo M4.32
  • Rim aloi tuang ringan (cast light-alloy wheels) saiz 3.50x17 inci (depan) dan 5.50x17 inci (belakang)
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso IV saiz 120/70 (depan) dan 190/55 (belakang)
  • Berat kering 180kg
  • Bateri asid plumbum
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026
Ducati Hypermotard V2 SP 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Hypermotard, Ducati Hypermotard V2, Ducati Hypermotard V2 2026, Ducati Hypermotard V2 SP, Ducati Hypermotard V2 SP 2026, roda2, Supermotard

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my