• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #JMS2025: Toyota Hiace Concept - Transformasi ke Arah Rekabentuk Futuristik, Premium

#JMS2025: Toyota Hiace Concept - Transformasi ke Arah Rekabentuk Futuristik, Premium

November 11, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

TOYOTA sekali lagi mencuri perhatian dunia automotif apabila memperkenalkan Toyota Hiace Concept di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, baru-baru ini yang menandakan era baharu bagi van legenda yang kini tampil dengan rekabentuk moden, bergaya dan lebih premium.

Model konsep itu memperlihatkan hala tuju Toyota dalam mentransformasi segmen van, daripada sekadar kenderaan komersial kepada mobiliti serba mewah dan futuristik.

Rekabentuk Luaran: Paduan Klasik, Futuristik

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

Sekilas pandang, Toyota Hiace Concept dilihat sebagai pesaing rapat kepada Hyundai Staria, terutama dari segi bahasa rekabentuk. Rupa depan tampil dengan lampu bentuk L (L-shaped illumination) mengelilingi logo Toyota bercahaya, yang mencipta identiti visual moden dan berteknologi tinggi.

Bampar besar dengan corak segi empat seakan 'pixel pattern' menyerlahkan gaya futuristik yang jarang dilihat pada model Hiace sebelum ini.

Walaupun bentuk asas kotak masih dikekalkan sebagai identiti penting Hiace sejak dahulu, tetapi Toyota berjaya memperhalusi garis badan supaya lebih kemas dan aerodinamik. Rekabentuk sisi minimalis dan tingkap depan lebih besar bukan saja meningkatkan penglihatan pemandu, tetapi turut memberi kesan visual lebih ringan dan canggih.

Profil Sisi dan Belakang: Moden, Bersih dan Elegan

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

Bahagian sisi Toyota Hiace Concept membawa kelainan tersendiri berbanding van tradisional dengan tingkap sisi nipis dan tinggi di bahagian atas yang memberikan lebih privasi kepada penumpang tanpa menjejaskan gaya.

Cermin sisi direka seakan bersambung hingga belakang, yang menjadikan keseluruhan profil badan kelihatan halus dan bersepadu.

Rupa belakang pula menampilkan lampu LED horizontal bersama rekabentuk cermin belakang besar yang menonjolkan imej bersih, moden dan premium. Semua ciri itu bukan saja menambah estetika, tetapi juga menggambarkan keutamaan Toyota terhadap keanggunan dan fungsi.

Rekabentuk Dalaman: Kabin Digital Serba Moden

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

Kabin Toyota Hiace Concept pula mengetengahkan rekabentuk minimalis dengan pendekatan futuristik. Papan pemuka direka kemas dan teratur, yang dilengkapi stereng moden dengan kawalan butang terbina, dan butang fizikal minimal bagi mengekalkan susun atur ergonomik.

Bahagian tengah papan pemuka menempatkan paparan panorama digital penuh lebar, yang memaparkan maklumat penting pemanduan dengan grafik moden dan mesra pengguna.

Rekabentuk dalaman itu jelas menunjukkan hala tuju Toyota dalam menjadikan van sebagai ruang mobiliti pintar, yang bukan sekadar kenderaan utiliti biasa.

Sistem Kuasa: Belum Didedahkan, Tapi Petunjuk Elektrifikasi

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

Setakat ini, Toyota belum mendedahkan maklumat rasmi mengenai sistem trenkuasa Hiace Concept. Namun memandangkan Toyota kini giat mengembangkan strategi elektrifikasi pelbagai laluan (Multi-Pathway Electrification) di rantau Asia, tidak mustahil model pengeluaran Hiace akan hadir dalam versi hibrid (HEV) atau elektrik penuh (BEV).

Langkah itu selaras usaha Toyota menuju ke arah karbon neutral menjelang 2050, sekali gus memastikan model ikonik seperti Hiace kekal relevan dalam era mobiliti mesra alam.

Evolusi Baharu Van Legenda

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

Dengan rekabentuk berani, kabin digital serba moden dan pendekatan rekabentuk lebih premium, Toyota Hiace Concept membuktikan van bukan lagi sekadar menjadi alat kerja, tetapi juga kenderaan gaya hidup yang praktikal dan bergaya.

Sekiranya rekabentuk konsep itu diterjemahkan kepada model pengeluaran sebenar, Hiace berpotensi menjadi pilihan bukan saja untuk kegunaan perniagaan, tetapi juga keluarga moden yang mementingkan keselesaan, teknologi dan gaya.

Hiace kini bukan lagi 'van pekerja', tetapi simbol mobiliti masa depan Toyota.

Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Hiace Concept 2026 | JMS 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Japan Mobility Show (JMS) 2025, JMS 2025, kereta konsep, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Roda4, Toyota, Toyota Hiace Concept, Toyota Hiace Concept 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my