• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Malaysia Lancar Aplikasi 'Shell Recharge' untuk Pemanduan EV Lebih Lancar!

Shell Malaysia Lancar Aplikasi 'Shell Recharge' untuk Pemanduan EV Lebih Lancar!

November 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Shell Malaysia lancar aplikasi Shell Recharge App

SHELL Malaysia hari ini melancarkan aplikasi mudah alih baharu Shell Recharge App, sebagai langkah terbaharu dalam usaha syarikat itu memudahkan perjalanan pemilik kenderaan elektrik (EV) seluruh negara.

Aplikasi itu direka bagi menawarkan pengalaman pengecasan lebih pintar, lancar dan selamat, sekali gus memperkukuh kedudukan Shell sebagai antara peneraju utama dalam penyediaan infrastruktur EV di Malaysia.

Ciri Baharu untuk Pengalaman Pengecasan Lebih Lancar

Shell Malaysia lancar aplikasi Shell Recharge App

Shell Recharge App memudahkan pengguna menguruskan keseluruhan proses pengecasan hanya melalui telefon pintar. Antara ciri utama diperkenalkan adalah:

  • Quick Payments: Pautkan kad debit atau kredit untuk bayaran segera dan mudah
  • Reserve and Recharge: Tempah pengecas lebih awal supaya tersedia apabila tiba di lokasi
  • Cross-Border Roaming: Gunakan aplikasi sama untuk mengecas di Malaysia dan Singapura, sesuai untuk perjalanan rentas sempadan
  • Live Charging Updates: Pantau sesi pengecasan dengan kemas kini masa nyata (real-time)
  • Find a Charger Easily: Cari pengecas terdekat dan rancang laluan perjalanan melalui penjejak lokasi dalam aplikasi

Sokong Rangkaian Pengecasan Prestasi Tinggi Shell Recharge

Shell Malaysia lancar aplikasi Shell Recharge App

Pelancaran aplikasi itu melengkapkan pembangunan berterusan rangkaian Shell Recharge, seperti:

  • Koridor pengecasan prestasi tinggi (HPC) pertama dari Utara ke Selatan dan dari Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia, dan
  • Hab pengecasan EV tertinggi di Malaysia yang terletak di Genting Highlands.

Inisiatif itu menegaskan komitmen Shell untuk menyediakan perjalanan jarak jauh EV yang lebih mudah dan diyakini buat pemandu seluruh negara.

“Langkah Seterusnya Dalam Evolusi Pengecasan EV”

Shell Malaysia lancar aplikasi Shell Recharge App

Pengurus Besar Shell Mobility and Convenience Malaysia, Seow Lee Ming berkata, pelancaran aplikasi itu menandakan babak baharu dalam perjalanan transformasi tenaga Shell.

Shell Recharge App dibangunkan untuk memudahkan perjalanan EV supaya lebih lancar dan efisien. Ia melengkapkan rangkaian pengecasan prestasi tinggi kami, sambil memberi keyakinan kepada pelanggan untuk pergi lebih jauh bersama Shell," katanya.

Beliau berkata lagi, inisiatif itu turut menyokong peralihan tenaga negara ke arah mobiliti lebih bersih dan mampan, serta memperkukuh komuniti pemandu EV yang semakin berkembang di Malaysia.

Promosi Istimewa 11.11 - Caj RM1.11 per kWj

Shell Malaysia lancar aplikasi Shell Recharge App

Sempena meraikan pelancaran aplikasi itu, Shell menawarkan promosi khas pada 11 November 2025.

Semua pengguna Shell Recharge App berpeluang menikmati kadar istimewa RM1.11 per kWj di semua lokasi Shell Recharge HPC seluruh Malaysia.

Muat Turun Sekarang, Nikmati Pengalaman Caj EV Lebih Pintar

Aplikasi Shell Recharge kini boleh dimuat turun percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store. Maklumat lanjut mengenai rangkaian pengecasan dan lokasi terkini boleh layari: www.shell.com.my/recharge

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Shell Malaysia, Shell Recharge App

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my