• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #JMS2025: Toyota Corolla Concept 2026 Serba Baharu Debut Global!

#JMS2025: Toyota Corolla Concept 2026 Serba Baharu Debut Global!

November 10, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

TOYOTA sekali lagi mencuri perhatian di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 apabila memperkenalkan konsep sedan global generasi baharu, Toyota Corolla Concept yang bakal mentakrif semula masa depan model ikonik itu.

Jika sebelum ini Corolla sinonim sebagai 'kereta marhaen', Toyota kali ini tampil lebih berani dengan rekabentuk yang jauh meninggalkan tradisi dalam gaya futuristik, bumbung kaca penuh, dan kemungkinan hadir dalam versi elektrik penuh (EV).

Rekabentuk Luaran: Gabungan Futuristik, Minimalis

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Toyota Corolla Concept menampilkan gaya jauh lebih berani berbanding model terdahulu. Bahagian atas dan bawah badan kereta direka jelas berbeza dengan bumbung kaca penuh menjangkau hingga belakang, yang memberikan pandangan hampir 360º dari dalam kabin.

Garisan tingkap rendah hingga bawah cermin sisi membuatkan keseluruhan rupa tampak seperti kapal angkasa versi jalan raya.

Rupa depan menggunakan identiti rekabentuk yu tukul (hammerhead) yang mula diperkenalkan pada Toyota Prius generasi kelima, lengkap dengan jalur lampu LED merentasi bonet.

Tiada gril konvensional yang menandakan potensi versi elektrik penuh. Dari belakang pula, lampu LED lebar melingkari bahagian pintu but, dengan perkataan Corolla di tengah sebagai tanda kebanggaan model legenda itu.

Falsafah Rekabentuk: 'Untuk Semua Orang'

Presiden Toyota, Koji Sato tampil menjelaskan falsafah di sebalik rekaan konsep itu;

Corolla sentiasa dicipta 'untuk anda', setiap generasi berubah mengikut gaya hidup dan kehendak semasa. Corolla ialah kereta untuk semua orang. Untuk kekal relevan, ia mesti terus berevolusi."

Beliau turut menambah, visi Toyota adalah menghasilkan kereta yang bukan saja mesra alam, tetapi juga menyeronokkan untuk dipandu, sama ada menggunakan bateri elektrik (BEV), hibrid plug-in (PHEV), atau enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sato berkata;

Kita semua mahu kereta yang nampak hebat dan pada masa sama menjaga bumi."

Rekabentuk Dalaman: Minimalis, Canggih

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Bahagian dalaman Toyota Corolla Concept juga mengejutkan apabila Toyota membuang konsep skrin tengah utama yang menjadi trend masa kini, sebaliknya menampilkan dua paparan digital berasingan. Satu khusus untuk pemandu, dan satu lagi untuk penumpang depan, manakala bahagian tengah pula dihiasi konsol tengah bergaya seperti meja moden yang menyerlahkan falsafah 'kurang itu lebih' (less is more).

Cermin depan besar dan posisi cermin pandang belakang 'terapung' menunjukkan betapa luas pandangan yang bakal dinikmati pemandu untuk memberi rasa ruang dan keterbukaan yang jarang ada pada sedan biasa.

Teknologi, Platform Masa Depan

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Walaupun Toyota belum mendedahkan spesifikasi teknikal, model itu dijangka menggunakan platform baharu yang menyokong pelbagai trenkuasa, daripada petrol hingga elektrik penuh. Menariknya, terdapat penutup pengecas (charging flap) di bahagian sisi depan yang menguatkan petunjuk bahawa model tersebut akan hadir dalam versi EV.

Toyota turut memberi bayangan bahawa model konsep berkenaan bukan sekadar prototaip pameran, tetapi previu kepada arah rekabentuk dan teknologi yang bakal digunakan dalam Corolla generasi seterusnya untuk pasaran global, bukan sekadar Jepun.

Corolla Naik Taraf ke Era Masa Depan

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

Dari kereta famili sederhana, Corolla kini bersedia menjadi simbol transformasi Toyota ke arah masa depan mobiliti lestari yang bukan sekadar evolusi, tetapi revolusi dalam rekabentuk, falsafah dan teknologi.

Dengan rekabentuk kaca penuh, kabin minimalis, dan potensi EV, Toyota Corolla Concept menunjukkan Toyota bukan lagi bermain selamat dalam segmen sedan global. Kalau model pengeluaran kelak betul-betul menyamai atau tidak jauh berbeza dengan rupa ini, nampaknya Corolla sudah bersiap untuk beraksi dalam liga masa automotif depan!

Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025
Toyota Corolla Concept 2026 | JMS 2025

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Japan Mobility Show (JMS) 2025, kereta konsep, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Roda4, Sedan Konsep, Toyota Corolla Concept, Toyota Corolla Concept 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my