• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025: Bezzecchi Ketepi Alex dan Acosta, Jadi Juara GP Portugal

#MotoGP2025: Bezzecchi Ketepi Alex dan Acosta, Jadi Juara GP Portugal

November 10, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025

PELUMBA Aprilia Racing, Marco Bezzecchi menampilkan tunggangan mantap untuk memenangi saingan Grand Prix (GP) Portugal di Portimao dengan mendahului setiap pusingan perlumbaan sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam perebutan tempat ketiga Kejuaraan Dunia MotoGP 2025 menjelang penentuan musim di Valencia, Sepanyol.

Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) meraih tempat kedua selepas menangkis serangan lewat Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing), yang menutup podium dengan tunggangan agresif pada penghujung perlumbaan.

Aksi Permulaan: Acosta Laju, Bezzecchi Konsisten

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025
Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025

Acosta bermula sempurna, tetapi Bezzecchi yang meraih holeshot dari petak pertama. Alex sekali lagi bermula cemerlang untuk naik ke P3, dengan insiden awal melibatkan Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) di Turn 5 menyebabkan drama awal berlaku.

Pelumba Honda HRC Castrol, Joan Mir pula berdepan nasib malang apabila tersingkir awal di penghujung Lap 2 akibat masalah teknikal.

Saingan Tengah Padang: Aldeguer Menyinar, Pecco Terbabas

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025

Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) awalnya berada di P4 sebelum Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) MotoGP dan Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) memberi tekanan dari belakang.

Rookie of the year musim ini, Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP) mencuri perhatian dengan aksi berani menewaskan Binder sebelum menyerang Quartararo.

Nasib Bagnaia bertambah buruk apabila terjatuh di Turn 10 pada Lap 11, yang menjadikan penyingkiran Ahad keempat berturut-turut, sekali gus menjejaskan usaha memburu tempat ketiga keseluruhan.

Serangan Lewat Acosta: Hampir Rampas P2

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025
Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025

Menjelang baki empat pusingan, Acosta memperoleh rentak baharu dan merapatkan jurang kepada Alex hingga 1 saat dengan dua pusingan berbaki. Walaupun ditekan hebat, Alex  bertahan hingga garisan penamat.

Di depan, Bezzecchi mempamerkan kehebatan tersendiri untuk mengesahkan kemenangan dari mula hingga akhir.

Keputusan Lima Teratas GP Portugal 2025

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025
Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi juaga GP Portugal 2025
  1. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)
  2. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  3. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  4. Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  5. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)

Sorotan Tambahan Perlumbaan

Fabio Quartararo menamatkan saingan di kedudukan P6 dengan pertahanan cemerlang, disusuli Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team) dan Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team). Prestasi Johann Zarco (CASTROL Honda LCR) pula merundum di akhir perlumbaan, sekali gus dipintas Ogura dan Diggia.

Pol Espargaro (Red Bull KTM Tech3) melengkapkan tiga pelumba KTM dalam kelompok 10 terbaik.

Menuju Valencia: Penutup Musim Menanti

MotoGP 2025 kini bergerak ke Valencia sebagai pentas penamat musim 2025 yang dijangka penuh drama. Semua mata tertumpu kepada perebutan tempat ketiga keseluruhan antara Bezzecchi dan Bagnaia, selain persaingan podium terakhir musim ini.

SUMBER: MotoGP.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia Racing, BK8 Gresini Racing, Ducati Lenovo Team, GP Portugal, MotoGP 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my